Friday, May 4, 2012

Kebahagiaan???


Assalamualaikum , Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah… semoga pada hari Jumaat ini akan membawa jutaan rahmat dan berkat dari ALLAH S.W.T kepada kita semua… Hari ini saya terpaksa luangkan masa untuk menulis… ya.. saya terpaksa… jika penulisan ini tidak berlaku pada hari ini mungkin whole day mood akan murung dan tanpa wajah-wajah kecerian walaupun ianya palsu?!... :)

Permainan duniawi kini semakin hebat dari masa ke semasa… Ya!!! semakin hebat dan mencabar… hanya terserah kepada kita sebagai hambaNYA sama ada mampu menahan , menepis , atau menghadapinya dengan penuh redho!!! kita perlu paham apa itu Qada’ dan Qadar… sememangnya percaya pada Qada’ dan Qadar salah satu dari rukun iman dan kita sebagai hambaNYA patut percaya dan beriman pada Qada’ dan Qadar…

Percaya atau tidak??? Kebahagiaan dalam perhubungan tidak mencerminkan akan keharmonian didalam sesebuah keluarga itu… Adakalanya sesetengah keluarga sanggup merahsiakan akan kepincangan didalam perhubungan demi menunjukkan mereka mempunyai sebuah keluarga yang bahagia… ada sesetengah keluarga pula sanggup berdepan dengan pakar-pakar kaunseling dan sebagainya bagi menuntut pembetulan dalam perhubungan mereka… ada juga sesetengah keluarga yang mempunyai pasangan yang sanggup menelan segala pahit maung yang dihadapinya demi menjaga kesejahteraan pasangannya dan tidak sanggup melihat keluarganya pincang atau dengan kata lain tidak bahagia! Itu tiga contoh yang saya dapat berikan disini… jika diikutkan banyak lagi contoh-contoh yang ada… rasanya saya tidak perlu menyatakannya disini…  Ya… itu semua dilakukan demi “KEBAHAGIAAN”!!!

Para pembaca yang budiman, sebelum saya menyentuh dengan lebih lanjut… persoalan saya, adakah para pembaca sekalian faham apa itu maksud sebenar “Kebahagiaan” atau “Bahagia” ??? pada hemat saya, bahagianya seseorang itu apabila segala keperluan dan kehendaknya di penuhi… bila disentuh pula berkenaan keperluan dan kehendak, perkara ini menjadi lebih luas skopnya… disini kita perlu bertanya kepada diri sendiri… apakah yang kita sendiri faham akan apa yang dimaksudkan keperluan dan kehendak???… rasanya banyak dikalangan pembaca sendiri boleh menilai apa itu keperluan dan kehendak… namun dapatkah kita menilai apakah itu kebahagiaan atau bahagia?

Sebenarnya topik bahagia ini amat susah nak dijelaskan dengan penulisan… akan banyak dalil akan timbul sekiranya ianya dibahaskan… namun bagi saya perkara yang paling penting sekali dalam memenuhi “kebahagiaan” seseorang itu datangnya dari segumpal daging yang bernama hati… ya… bersihnya hati seseorang itu… insyaALLAH bakal berbahagialah perhubungan sesebuah institusi kekeluargaan itu… tapi jika sebaliknya? Maka masih tercari-carilah kita akan kebahagiaan itu… disini ingin saya berkongsi satu hadis ada menyebut :-

Hadis Riwayat Al-Hakim :-
 Aku bertanya rasullullah : “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”
Jawab Nabi hanya sepatah : “Suaminya.”
Aku bertanya lagi : “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”
Jawab Nabi juga hanya sepatah : “Ibunya.”

Berdasarkan hadis tersebut, dapat saya andaikan disini bahawasanya kita dapat mengetahui dengan lebih jelas akan tanggungjawab pasangan-pasangan kita… sekiranya perkara ini diterapkan dengan penuh pemahaman yang jelas didalam sesebuah keluarga itu… InsyaALLAH tidak akan timbul secubit egois didalam hati pasangan masing-masing… namun, ini semua juga tertakluk atas pemikiran dan penerimaan seseorang itu, mungkin ada juga yang berlainan pendapat… ya.. seribu manusia.. insyaALLAH ada seribu perangai… ternyata setiap manusia itu UNIK… namun begitu.. sebagai seorang lelaki yang telah dilahirkan sebagai seorang Pemimpin haruslah bijak memimpin pasangan dan ahli keluarganya… apabila berbahagianya sesebuah keluarga itu akan merebaklah kebahagiaan itu kepada agama, bangsa dan Negara… InsyaALLAH…

..Si Pungguk berlindung didedaunan tatkala hujan mencurah lebatnya membasahi bumi malam ini… pungguk akur hujan terpaksa dicurahkan sebagai keperluan kehidupan… apabila hujan reda… pungguk kembali cuba mencari rembulan walaupun dalam kebasahan dan kegelapan… ~ Aim_Aitch