Thursday, March 29, 2012

...Wow! Hampir Setahun Sudah...

Assalmualaikum kepada semua yang sudi singgah disini,

Dah lama sangat tak cuci sawang dalam blog nieh... naseb baek masih jumpa jalan ke sini, alhamdulillah...

hurmph... nak tulis apa nieh? actually banyak benda nak tulis nieh.. tapi nak start tang mana pon taktau nieh... rasanya kelahiran Muhammad Hafiy Ziqri Bin Mohd Hazir pon aku tak citer dalam nieh lagi kan?? inilah fenomena sekarang ini... fenomena Facebook (FB) abeh semua blog dan forum-forum jadik lumpuh...

Dengar kata blogspot nieh pon akan berwajah baru start 1st April nieh... humrphhh... masing-masing nak tarik semula pengguna la kot... okeh.. berbalik kepada anak bongsu den tuh... beliau dilahirkan pada 06.06.2011 melalui pembedahan jugak.. so itulah anak/zuriat terakhir aku... (bila tgk last posting dalam blog nieh... tudia haihh... setahun yang lepas!) kuikuikui...

Muhammad Hafiy Ziqri yang bermaksud "Memuji zikir-zikir Allah" telah dilahirkan di Hospital Sungai Buloh... Amanah dari ALLAH S.W.T buat diri aku ini... semoga aku tabah mendidik dan membesarkan semua anak-anak aku nieh... jika disebutkan bab tanggungjawab.. hurmphh.. memang besar tanggungjawab seorang lelaki, suami dan juga bapa nieh...

Meh nak share sket gambar Hafiy dari lahir sampai dah besau dah skgnie...(alamak...takleh nak upload la pulak...apakes server blogger nieh? lenkali la yer..huhuhu) dah siap poei Singapore dah baby aku nieh... aku dulu kecik-kecik tak merasa nak ke negara lain pon... apatah lagi nak naek kapal terbang! itulah bezanya bebudak zaman sekarang dan bebudak time zaman aku nohh... hurmphhh...

Ok... ada org cakap dekat aku seronok mai baca blog nieh sebab aku dok baca aku layan jiwang...selepas hampir nak cecah tahun yang ke 5 aku dok layan blog nieh baru hari ini aku tau... tu pasai teruih mai update sepam nieh...hahaha... btw.. aku nieh jiwang sangat ka? huhuhu.. takde la sangat kan! kalau nak menulis aku suka jari jemari aku nieh tak reti nak berhenti menaip macam sekarang nieh... aku rasa semuanya direct jer kuar dari hati aku.. walaupun pagi tadi hati ni berkecamuk teruk.. tapi hati ni kembali bercantum menjadi sebuah hati yang makin kuat dan kuat dan kuat...

Sebenaranya sebagai seorang lelaki, kita tak perlu malu untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati kita, walaupon kekadang kita rasakan ianya tidak perlu.. tapi sebenarnya kita hanya menidakkan hak diri kita sendiri... kenapa perlu itu berlaku??? kemonnn... tak semestinya jiwang tuh lembut!

okeh... sini ada sikit benda yang aku nak share... kekadang lelaki terpaksa bersikap sedemikian kerana dia merasakan apa yang dilakukannya tidak lagi dihargai... bukan bermaksud merajuk atau putus harapan! tetapi lelaki juga mempunyai jiwa yang harus dibelai... dipujuk.. disemai dan terus dibajai oleh insan yang dinamakan perempuan! ya betulll!!! kami juga "lembut" pada dasarnya... tapi kami diamanahkan untuk menjadi seorang penjaga/khalifah. oklahhh... takmo tulih pepanjang la... ada reja sikit nieh... akhir sekali dari aku...

"pungguk mula berkata-kata apabila mentari petang merapati bumi... tapi dengarkah sang rembulan sedangkan mentari masih terbit" ~ Aim_Aitch