Friday, March 4, 2011

Mood : Renovate Rumah.

Salam Jema'at!

Mood mau renovate umah nieh! InsyaAllah kalo ada rezeki lebih sket aku nak siapkan porch depan sekali.. kalo ada rezeki lebih laa... tapi kalo takde nak buat cenna.. siapkan ajer la dapur tuh dulu.. huhuhu... tapi baguih gak... sementara zue dalam pantang dikampung bulan 6 @ 7 nanti... memang elok aku pecahkan dapur belakang tuh.. nanti dgn habuk apa bagai.. jenuh..



cuma yang menjadik masalahnya sekarang.. pilihan warna kitchen kabinet tuhh.. hurmphh... alang-alang nak buat nie... baik la pikiaq abeh2... ingat nak amek TEKA jer... tapi....hahaha.. dah macam beli kereta sebijik kot! kalo ikotkan hati nak amek kaler gelap-gelap jer camni kot...



Hurmphh.. insyaALLAH kalo jadik renovate.. nanti haku hapdate la progress dia dalam nieh.. tapi kalo tak cun... malaih la mau share! muahaha... japlagi jgn lupa solat jumaat!

Thursday, March 3, 2011

Adakah aku semakin sebuk??? atau malas???

Assalamualaikum dalam salam sejahtera wahai pembaca yang budiman.. :)

Dah lama aku tertinggalkan dunia blog nieh... blog yg dulu dipenuhi sarang labah-labah bahkan mungkin ada sarang burung hantu pon dah berjaya aku choci hari ini..hahaha... perghh... makan masa gak mau kasi ubah layout sampai jadik camni...layout dulu dah basi... aku custom sendiri tuu... tgk2 skgnie takyah susah2 cam dulu dah.. main klik2 jer pon.. huhuhu.. tapi motif aku menulis arini untuk menjelaskan beberapa sebab kenapa aku semakin jarang menulis disini...adakah sebab aku terlalu sebok atau malas??? hurmphh.. kenyataannya... sekarang mungkin disebabkan malas 40% dan sibuk 60%... boleh tak jawapan aku lagu tuh? hahaha!

InsyaAllah, jika ada kelapangan akan aku cuba coretkan jua sepatah dua kata dalam blog buruk aku ini, tapikan.. byk jugak org menulis blog untuk mendatangkan pendapatan kepada penulisnya.. sehinggakan sanggup dok buat dosa menyebarkan fakta yang tak pasti dimanakah kebenarannya... tapi bagi aku.. itu hak dia.. ikut suka la dia mau post berkenaan apa pon. janji jgn kaco hidup aku sekeluarga sudah... so... sesiapa yang rajin bertempek dkt blog aku nie mungkin ada sedar isi-isi dalam blog aku ini ada yg mengikut Fakta tapi kekadang serius... kekadang merapu dan mungkin ada yang kekadang best kot... KOT OK! hahaha... aku tak kisah pasai traffic ke sini ke.. apa pon ker... tapi aku jadikan blog nieh sebagai jurnal aku untuk merapu.. merepek... meluahkan perasaan dan juga mungkin untuk anak-anak aku baca satu hari nanti... si mifzal pon tahun depan dah nak masuk darjah satu... nanti dah pandai baca.. aku suruh la dia baca blog aku nieh... baru dia tau abah dia nieh jiwang! hahaha... (mifzal dan hariz kalo tgh baca nieh.. jgn dok senyum sensorang yer!) hurmph.. masa ni mama korang tgh sarat mengandungkan adik korang yang last... dah 6 bulan pon.. abah pon tak sure adik korang tuh boy or girl... :) yang penting sihat walafiat la bila dia keluar nanti... ok.. sudah... lambat lagi depa nak baca hazir oit!

Hurmph.. aku jugak akui.. facebook banyak menarik minat aku dari menulis di blog burok ini.. dan jika tak salah.. aku juga nampak facebook juga telah menyebabkan banyak forum-forum yang dulunya meriah... kini menjadi suram dan semakin ditinggalkan... sapa setuju??? mungkin satu hari nanti.. forum-forum semua akan terus jumud! kita tunggu dan lihat...

Lagi satu.. sejak dilantik menjadi AJK Persatuan Penduduk Seri Pristana 2 (Mastana) awal tahun hari itu.. aku serius bertambah sibuk... dgn hal-hal kerja.. hal-hal persatuan... tapi hal keluarga tetap menjadi hal utama dalam hidup aku... tanpa mereka siapalah aku ini... tapi ini bukan reasonnya aku tak sempat nak menulis... haha.. pendek kata aku malas!!! senang citer.. so cukop jer la sampai sini kot.. kang merepek lagi aku nieh... see you next posting ya! :P

Wednesday, March 2, 2011

Untuk Mereka Yang Hidup Dalam Cinta Yang Mencintai Dan Dicintai...

Salam semua, first posting untuk tahun 2011!
Wahh.. dah lama tak menjenguk sini... adakah mungkin disebabkan oleh kehadiran sang Facebook? Tetiba ada mood mau menulis nieh.. :P
Sila Layan ye..

Kadang-kadang, di saat kita sedang mengejar seseorang yang kita cintai dangan usaha sepenuh hati, kita gagal mengenal dan menghargai seseorang yang mencintai kita. Kita melangkaui begitu banyak memori indah tatkala kita membiarkan diri kita diperbudakkan oleh kepentingan yang egois.

Kekasih yang baik adalah seseorang yang mampu mencintai dari jarak yang jauh. Cukup jauh untuk membiarkan orang yang dicintainya tumbuh, namun tidak terlalu jauh untuk tetap merasakan cinta yang begitu dalam kepadanya.

Melepaskan seseorang yang kita cintai bukan bermaksud kita harus terus berhenti mencintainya. Kita melepaskan hanya untuk melihatnya mengecapi nikmat kebahagiaan tanpa harus mengharapkannya kembali. Membiarkan ianya pergi tidak hanya bererti membuatkannya bebas, namun juga membuat diri kita bebas dari rasa benci dan marah yang tersimpan di dalam hati. Jangan pernah membiarkan rasa benci dan marah menyakitimu, tetapi jadikanlah ia sesuatu yang membuatmu semakin bijaksana.

Kita semua dapat bertahan dengan kenangan masa lalu, namun kebahagiaan yang sebenarnya dapat kita capai hanya dengan menerima secara lapang dada apa yang terjadi pada hari ini.

Akan datang suatu masa dalam kehidupan kita, dimana kita bertemu seseorang dan pertemuan itu telah membuatkan diri kita telah jatuh cinta kepadanya. Perasaan ini dengan segera menjadi sebahagian dari kehidupan seharian kita yang mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.

Bahagian paling sedih dimana dari semua ini ketika kita menyedari bahawa perasaannya terhadap kita tidaklah lebih dari sekedar teman. Dengan rasa kecewa dan putus asa, kita berusaha untuk menarik perhatiannnya, berusaha lebih dekat dengannya. Disaat usaha ini tak terkesan olehnya, kita pun mulai menyesal dan berakhir dengan menyesal kepada diri kita sendiri.

Meskipun gagal, kita tak perlu melupakan seseorang yang kita cintai. Terimalah kenyataan yang ada dan jangan pernah menyesal bahawa kita pernah mencintainya.

Percayalah! Adalah lebih baik memberikan cinta daripada hanya menerima cinta kepada orang yang kita cintai. Jangan biarkan hati kita lari dari kehidupan. Rasakanlah dan biarkan fikiran berbicara pada kita. Dengarkanlah tidak hanya dengan apa yang kita rasakan namun juga pada alasan-alasan yang ada. Ingatlah selalu bahawa jika ketika kita kehilangan seseorang pada hari ini, seseorang yang lebih baik akan datang esok hari. Jika kita kehilangan cinta, tidak bererti kita gagal dalam cinta. Jika perlu, menangislah. Dan pastikan air mata yang jatuh membasuh semua kesedihan dan rasa sakit, meninggalkannya di masa lalu. Biarkanlah hari kelmarin itu berlalu pergi, dan cinta akan mencari jalannya untuk kembali pada kita. Ketika cinta itu datang, berdoalah bahawa inilah cinta yang tetap tinggal hingga akhir hayat. Hingga kita mati.

Kita tidak mencintai seseorang kerana dia cantik.
Dia cantik kerana kita mencintainya...


@Aim_Aitch.