Wednesday, May 26, 2010

15 Rahsia Wanita...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Against All Odds...



How can I just let you walk away
Just let you leave without a trace
When I stand here taking
Every breath with you oohhhh
You're the only one
Who really knew me at all

How can you just walk away from me
When all I can do is watch you leave
'Cause we've shared the laughter and the pain
And even shared the tears
You're the only one
Who really knew me at all

So take a look at me now
'Cause there's just an empty space
There's nothing left here to remind me
Just the memory of your face
So take a look at me now
'Cause there's just an empty space
And you coming back to me, is against the odds
And that's what I've got to faceeeee

I wish I could just make you turn around
Turn around and see me cry
There's so much I need to say to you
So many reasons why
You're the only one
Who really knew me at all

So take a look at me now
'Cause there's just an empty space
There's nothing left here to remind me
Just the memory of your face
So Take a look at me now
Cause there's just an empty space
But to wait for you is
All I can do
And that's what I've got to face.
Take a good look at me now
'Cause l'll still be standing (standing here)
And you coming back to me is against all odds
That's the chance I've got to take
(chance I got to take, got to takeeee)

Yeahhhhh
Take A look at me now
(Take A Look at me nowwwww)

Monday, May 24, 2010

Kasih Abang...



Salam... hati aku tersentuh sangat-sangat apabila tgk gambar nieh... secara tak lansung bila gambar nih di pandang... hati aku teringatkan anak-anak aku... kenapa yerk??? semakin tua semakin cepat tersentuh hati aku.. ermm..... Mifzal mampu jaga Hariz sampai ke tahap nie tak yer??? aku harap dia dapat jadi seorang abang yg TERBAEK dari kaca mata aku la... pembimbing, pelindung dan seorang yg bertanggungjawab dalam segala aspek ...

Huh! xde idea nak ckp apa woo... serabut plak aku bila fikirkan masa depan anak-anak nieh... anak-anak tanpa ibubapa mungkin begini lah jadinya... terpaksa harapkan belas ihsan dari org sekeliling... tak sanggup aku tgk bebudak camnie... alangkah tabahnya seorang abang jika dia sanggup susah payah sebegini demi adik darah sedaging dia? sedangkan tanggung jawab itu sepatutnya di pikul oleh org yg lebih tua dari dia.. tatkala diri dia pun maseh memerlukan kasih sayang dari insan yg bergelar ibu dan ayah... ternyata kasih abang ini terlalu bermakna.......

takmo emo-emo dah... nak sambung buat keje... wassalam...

aPabila Kotak-Kotak Plastik Berhuruf di Ketuk-Ketuk Jari Jemari...

Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart...

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…
Namun hati ini dah terukir namamu…
Mana mungkin aku mampu hapuskan
Ukiran namamu dihatiku…
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…
Aku tak mampu lakukan apa-apa…
Hatimu tak mungkin dapat ku takluki…
Aku sedar hati aku milikmu…
Tapi hatimu miliknya…


A goodbye isn't painful unless you're never going to say hello again.........

Friday, May 21, 2010

Puing Cinta

Salam... sila play dan dengar lagu nieh ya! :P
Banyak makna tersirat woo dalam lagu nieh... hurmphh....
i likeeeee....



di alam cinta...
rindu mengejar masa...
pilu kan terasa...
menikam nikam jiwa...
di dalam cinta...
cemburu kan bertakhta...
menguji nguji kita...
menguji segala...

kini aku terapung...
bagai lelayang...
bertalikan rindu...
turut bergulung...
janji dulu dilafaz...
masih kan tersimpan...
di dalam rongga nafas...
untuk di telan senang...

engkau dan aku...
dibuai asyik merindu...
dan kini dipertemu...
pada janji dulu...

engkau dan aku...
bersua di taman kalbu...
nikmati keharuman...
di laman keasyikkan...

engkaulah kasih...
engkau cahaya...
engkaulah saja...
engkau segala...

tiada antara...
tiada angkara...
tiada durhaka...
kau meruntun jiwa...
saling mempercaya...
bunuh sangsi prasangka...
dendam kasih kita...
hingga ke garis@sadisnya...(tak sure yg mana satu)

cinta dan rindu...
jika di pupus ia...
kita hilang syahdu..
bermula merana...
cinta punya sakti...
terapi untuk diri...
doa jadi teman...
akan tenang nafas...
serrrr....


Huh! penat cari lirik lagu nieh tak jumpa-jumpa...
dah jenuh google dah tau... so aku amek keputusan nak dgr sejibik-jibik apa yg Mael nyanyikan..dgn bantuan Anip_Sama kami berjaya gak dapat full lirik... huhuhu...

so kepada pembaca yg budiman sila baca dan fahami apa maksud sebenar penulis lirik lagu ni ya.. lagu rock..tapi makna... perghhhh... best kan?? ini je posting untuk ari jumaat... sepatutnya ari jumaat bagi tazkirah...tapi... hahahaha... layan...

Tuesday, May 4, 2010

Hari Yang Ke 5...Demam?

Salam...

Bukak-bukak blog nieh ada plak draft yg blom aku publish rupanya... boh skali la bawah nieh.. hehehe..

"Huh! kehidupan semakin bosan dari hari ke hari...kenapa ini semua berlaku??? owhh... tuhanku tunjukkan kepada ku jalan yg benar... aku semakin terpesong jauh... adakah ini dugaan aku ketika ini? ermm... blog nieh bertujuan untuk meluahkan perasaan ke??? kire boleh la camna pon.. kenapa aku bosan sgt2 nak jejak kaki datang opis sejak dua menjak nieh? pasai pa entah.. adoi...semua nieh buat aku semakin bosan... tapi byk lagi kemuncak hidup yg belom aku capai... masih byk impian yg belom dinyatakan.. kemana hilangnya diri ku sejak dua menjak nieh? aku hanya mampu mengeluh sendirian di hadapan PC tanpa bercakap apa-apa... hanya tika waktu ini otak dan jari jemari jer sedang bekerja.. owhh.. semakin laju aku mula menaip... dan otak ini mula menyuruh tangan berhenti menaip dan mengambil rokok sebatang untuk di hisap....

otak dan jari jemari kembali bekerja... sekarang ini merata2 radio asyik dok promo tentang 2 alam.. dr. rozmey ke hapa ka? aku taktau apsal aku meyampah dgn dia aku pon taktau..."


ermm... baru aku perasan yg draft tuh aku tulis sebelom aku demam.. tapi itu la.. aku pon pelik.. takkan demam sebab aku meluat dgr promo pasai dua alam tuh kot... takpa.. nanti kuar filem dua alam tuh aku nak tgk.. gempak sgt ka?betoi-betoi tersentuh ka citer tuh...dan demam nieh pun satu hal...demam apa nieh yg sampai dah masuk hari yang kelima dah nieh... dah pegi check semalam tapi doktor tuh ckp demam biasa jer..ubat dia kasi mmg kuat la... skgnie aku dok tunggu nak makan ubat sebelom tido nieh.. dah dekat pukul 12 pong..arap-arap esok kembali bertugas seperti sedia kala... huhuhu...

nieh antara penguat semangat time demam-demam nieh... komen2 dari kengkawan dari FB la... thankss kengkawanku...tak lupa gak yg dok boh pesanan-pesanan para sahabat bagi bertambah kesedaran dalam diri nieh..antara pesanan yg best..aku quote kat sini la..

Ketiga-tiga nieh di coretkan oleh En. Sulaiman Bin Ibrahim... hehehe.. tq prend!!! i'm really appreciated it.....

1. Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

2. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."
-Anas r.a

3. Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(Muslim)


hurmph... walaupun arini aku tak pegi keje..tapi best gak ler dpt luangkan masa dgn org yg tersayang... hikhikhik... mesti dok pikiaq lain nieh ampa nieh..aku dok spend masa dgn mifzal la.. pukul 7am tuh dah siap mandi..tapi sakit kepala sgt-sgt.. tak jadi la nak pegi keje... mifzal pon start demam dari mlm semalam...pehtu aku ckp kat zue nak rehat dirumah la.. dalam kul 9pagi aku dgn mifzal kuar gi breakfast...

walaupun lepas balik breakfast pagi tadi aku terus tertido... iyer la.. kalo kena ubat tuh mmg layan la tido.. tak larat nak angkat kelopak mata nieh... aku bukak laptop... bagi dia layan game... tapi sat jer la.. dalam kul 11 aku dah bgn....mana tak bgn..dia kaco sebab dah boring main game... hehe...

tapi bila terkenangkan anak-anak..kadang-kadang risau woo bila fikir balik depa punya future camna... camna depa nak tempuhi idop ini kalo kita sebagai ibu bapa tak ada depan depa..didik depa..tunjuk jalan kat depa.. for sure depa tercari-cari jalan kan? hurmph... anak-anakku..abah harap.. abah dapat didik ampa semua sampai besaq la... insyaALLAH..(pasai sedih plak nieh)

makin tua makin mudah tersentuh aku nieh.. dah tua ker? org citer dkt radio pon kalau cam tersentuh aku buleh meleleh ayaq mata time dok drive... tambah-tambah kalo bab ayah dan ibu la.. tak kira la bab apa pun... mesti aku ingat kat abah dan mak di kampung... huhuhu..(dah sedih nieh) hurmphh.. bab umur tuu.... aku baru nak masuk 30an la... blom tua lagi... aduih..tahun depan dah menokok 1 anak tangga la angka depan umor aku nieh? hurmphhhh... byk lagi cabaran dalam kehidupan nieh... jom la tidoq.. toksah dok pikiaq sgt... esok nak reja... hehehehe...