Thursday, January 21, 2010

Help... i'm looking for "The New Me"

Salam to all my readers or whoever suddenly drop in this blog then read this post!

actually i start this morning with full of passion... welcome these day with full of love and hope will full fill it with all the colour of life... but when i landed in front of my PC all this wonderfull wishes has gone...gone!!

sometimes i just wondered..why Allah S.W.T created all this shit people around me?? ya.. maybe to made me a better person in future.. but... it kept repeated over and over again.. why?? hurmphh.. better i must go take a wudhu' first and continued my babling in this blog... ya lah... only once in year i'll be like this morning... hahaha...

arrhh... malas dah nak menaip dalam bahasa asing nieh... baik kembali ke bahasa ibunda... kalau bahasa asing nieh tgh marah ja dia buleh kuar secara laju.. nieh dah cool balek... baek aku mula menulis cam biasa... apa yg aku nak citer nieh aku dah agak tak tahan la keje gomen nieh... baru 3tahun... perlu ka aku servis lagi 22tahun dalam gomen??? hurmphh.. dah la keje yg tak memajukan minda seperti aku dalam swasta dulu... keje dalam gomen nieh sikit2 semua org nak busuk hati...back stabber berlambak-lambak... apa salahnya kita sesama shared...majukan sektor awam nieh...nieh tak.. semua nak jaga periuk nasi masing2..selfish..then sanggup tabur pasir dalam periuk nasi org lain skali tuh...

dah muak aku sebenarnya dalam pesaingan yg tak sehat nieh...dulu aku ingat aku dapat handle dan layan dgn kerenah yang macam nieh..tapi rupa-rupanya keadaan semakin memakan diri aku sikit demi sikit... nak kata redho jer pun tak boleh gak... hurmph... camna nak cakap arr... delima seorang penjawat awam macam nie la kot yer tak?

hurmphh... dalam kesebukkan dok update blog nieh..ada gak kengkawan yg cuba membeli jiwa ini... tahniah... takpa la... pi layan kengkawan sat... nanti la aku hapdate lain... kiranya blog nieh tempat luahkan perasaan ajer la.. buleh tak? bukan jiwang ok... tapi coretan yg tak perlu dibawa kemana-mana apabila hendak dibaca... just online saja.. kehkehkeh... see you in another post ya! chiow.....

Friday, January 8, 2010

Mari Mengenali Marah dan Nafsu Anda!

Assalamualaikum... dalam kesibukkan kerja.. hari ni aku nak kongsi bersama dengan korang tentang marah dan nafsu nieh.. (pas perang besar dengan mem 4 hari lepas...so aku pun mula mencari jalan yg sepatutnya utk mengenal diri aku dengan lebih mendalam...) selama ini tak kenal lagi ker? mungkin rasa cam tak kenal.. tapi yg sebenarnya tak dapat mengawal ajer...bukan tak kenal... so.. aku mula bermuzakarah sendirian......

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang... Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh kita (manusia) untuk berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. dengar tuh kengkawan..WAJIB!!! so salah satu cara yang disarankan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan.

Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".


Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".


Kesimpulannya disini, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.
ya... InsyaAllah...

Tuesday, January 5, 2010

Antara Hadis Yang Menarik @ Permulaan 2010

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Assalamualaikum...

alhamdulillah... masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melihat tahun 2010, tahun yang mungkin penuh dengan cabaran dan dugaan dariNYA dan aku berharap dapat menempuhinya dengan penuh keredhaan..Amin!

tahun ini buat pertama kalinya dalam hidup aku mendaftarkan anak ke tadika... walaupun baru menjejakkan kaki ke tadika.. terpancar cahaya keinsafan dalam diri aku.. dah semakin tua rupanya aku ini... agak terlalu lama aku hanyut dengan dunia aku... senyuman mifzal dihari pendaftaran membuatkan aku sedikit terasa sebak... sebab terasa gembira dengan amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T telah dapat ku besarkan dan mula mendapat pendidikan yang sewajarnya... walaupun baru di tadika... secubit harapan telah timbul dari hati dan sanubari aku... semoga dia berjaya!

ya.. mungkin itulah yang dirasai oleh setiap ibubapa apabila melihat anak-anaknya melangkah selangkah demi langkah di alam pembelajaran... tapi masih jauh perjalanan itu dan mampukah aku membesarkan dia menjadi umat islam yang amat berguna untuk agama,bangsa dan negara? semoga apabila mifzal dan hariz bila sudah pandai membaca, bacalah blog ini wahai anak-anakku...

ketahuilah bahawa abah sentiasa menyayangi kita sekeluarga...Amin...