Friday, January 2, 2009

Tempat Kerja Cenggini la yang diidam-idamkan!!!



Google, yang di'nobatkan sebagai tempat bekerja yang paling selesa & terbaik ini terbukti menjaga kebajikan pekerjanya ke tahap paling optimum.

Semua ini di'lakukan demi memastikan kualiti kerja & produk Google sentiasa yang terbaik..

Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya -



Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba.



Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari.



Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 set LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu.



Papan putih (whiteboard) ada hampir di'mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google.



Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di'pelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berlibur.



Privasi — Google menyediakan 'gondola khas' untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.



Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara komputer atau kerusi mereka yang rosak di'perbaiki. Cool ehhh?



Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif.




Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan. Fuh!!!!




Bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan. Ratusan buku tersedia termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.



p/s: kalau camni la gayanya opis aku.. mau tak reti balik umah dah nieh... tak pun sebulan sekali balik umah... selesanya... bila agaknya sesebuah company dekat Malaysia nie mampu buat macam Google nie ya???