Friday, October 24, 2008

Masih SUAMI-ISTERI kah Di ALAM AKHIRAT?

Salam,
nie antara email yang aku dapat dan aku rasakan perlu untuk aku posting dekat sini...so aku copy and paste ajer la.


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seseorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Thursday, October 16, 2008

Hari Raya 2008

Alhamdulillah kerana masih dapat merayakan aidilfitri tahun ini.Nak tulis bebanyak nie, tapi kerja yang tertangguh lepas cuti raya dok berlambak-lambak ataih meja nie...tapi nak buat pun cam malas lagik.. mood kampung dok ada lagik nie...
huhuhu...


Dari Kiri : Aim_Aitch, Muhammad Hariz Zafri, Muhammad Mifzal Amyreen, Zuridah Mansor.


Duduk Dari Kiri : Haji Haron Bin Hussin, Hajjah Hazizah Binti Ismail dan Siti Nur Hidayah
Berdiri Dari Kiri : Osmarizal, Hartini, Daniel, Siti Noor Hadijah, Danish, Hariz, Zuridah, Mifzal, Aim_Aitch


Dari Kiri : Osmarizal, Danish, Daniel, Hartini.

erm... nie la gambar keluarga aku, tapi dalam nie tak termasuk keluarga family abang aku yang sulong la... dia belum sampai lagi time pagi raya tu...