Friday, September 28, 2007

Hadiah Daripada Era.FM

Tahniah buat diri aku sendiri kerana menjadi salah seorang daripada pemenang Rock@Era Bulan September! hehehe... jangan jeles arr... tapi lagi satu hadiah blom sampai2 lagi nie... ada lagi satu bungkus hadiah dari Era.FM gak nie... tapi yang tak sampai-sampai nie untuk hadiah bulan August... ntah-ntah budak despatch tu songlap agaknya... bekpi laa... tapi aku suka sangat2 dengan cap nie... sedap pakai tu...

























P/S : sorry la... gambar nie aku amik guna O2 mini xdall aku nie...amik waktu malam... tak clear laa... alah... tak kesah la... janji nampak sudah... bila laa aku nak menang hadiah duit plak dekat Era.Fm nie yer?? huhuhu....

Monday, September 24, 2007

Aktiviti Sewaktu Malam Bulan Puasa

Salamzz...

Nampak tajuk cam best jer... cam majlis ilmu gitu... tapi nie bukan setiap malam.. saje jer dah jumpa kengkawan... miahaha.... biar gambar sendiri yang citer la.... aku, Kucai dengan Botak... ciow..





Friday, September 14, 2007

Jodoh dan Pertemuan???

Renungkanlah sedalam-dalamnya...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar...

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman di kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan....

"Kadang-Kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Monday, September 10, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0027

Selepas log masuk kedalam yahoo messenger, Anita kemudiannya terus bangun untuk mengambil beberapa fail yang perlu untuk di buat semakan berkenaan tugasannya. Sekembalinya Anita kemeja beliau sudah terpampang ruangan sembang yahoo messenger dari Hazri.

KumBang_Mereng : ermm… online pun.. ingatkan sibuk sangat sampai nak online pun tak sempat.
KumBang_Mereng : adeh.. bangun pergi mana pulak tu… baru jer nak kaco nie.
KumBang_Mereng : nanti BUZZ saya yer.
SeaGurlz : BUZZ!
SeaGurlz : erm.. ada apa lagi? Ingatkan dah abis dah pasal tadi.. hehe.. dah breakfast ker?
KumBang_Mereng : amboi.. cam tak suka jer bunyinyer…
KumBang_Mereng : saya belum breakfast la.. tunggu awak sediakan breakfast untuk saya! Hehehe..
SeaGurlz : bukan tak suka.. takde la.. ingatkan ada apa-apa yang urgent ke…
SeaGurlz : eleh.. kalau saya buatkan breakfast nak ke awak jamah? Entah-entah sentuh pun tidak!
SeaGurlz : Hazri.. nak tanya sikit la… bila birthday awak yer?
SeaGurlz : Hehe… selama ini saya tak amik peduli.. sorry yea!
KumBang_Mereng : alah.. saya dah agak dah… mesti awak tak pernah pedulikan pun…
KumBang_Mereng : siapa la saya nie kan… orang sekarang nie dah ada secret admire tuu…
SeaGurlz : iskk.. kesitu pula dia… mana ada laa.. bunga nie pun saya rasa macam nak buang ajer tadi..
SeaGurlz : tapi bila fikirkan balik.. terasa sayang pula.. bukan salah pun kalau saya simpan!
KumBang_Mereng : lorr.. nak di buang.. saya rasa awak simpan ajer… nanti dah kering.. baru buang..
KumBang_Mereng : tapi kan… saya pelik juga nie.. takkan awak taktau pengirimnya? Sure?
KumBang_Mereng : kerr.. awak tak nak cerita dengan saya… takkan nak berahsia kot? Hehehe..
SeaGurlz : adoi.. memang saya tak tau la Hazri… jangan-jangan awak cemburu tak?
SeaGurlz : hehe…
SeaGurlz : ermm.. awak tak mahu kasi hadiah ker dekat saya? (demand pulak yer…)
SeaGurlz : hehehe…
KumBang_Mereng : Cemburu??? Takde maknanyer… kuikuikui…
KumBang_Mereng : awak nak hadiah ker???
KumBang_Mereng : Saya tak prepare pun la… tak tau pun yang hari ini birthday awak…
KumBang_Mereng : miahaha…
KumBang_Mereng : ermm.. Anita… apa kata saya belanja awak dinner? Ok tak?
SeaGurlz : ermm… dinner?.. jap saya nak tgk schedule..
KumBang_Mereng : uik… malam-malam pun ada schedule ker?
KumBang_Mereng : bagus tuu…
SeaGurlz : ohh… sudah tentu la… baru hidup nie teratur sikit kalau ada displin….
SeaGurlz : ermm… dinner yer? Saya ikut jer kot…. Dah ada orang nak belanja…
SeaGurlz : hehehe…
KumBang_Mereng : ermm.. ok… sekarang nie baik awak pi buat keje balik..
KumBang_Mereng : tak nampak tu… tepi awak… En. Karim tengah renung awak dari cermin bilik dia tu…
SeaGurlz : betul ker nie? Awak jangan…..
KumBang_Mereng : miahaha…
KumBang_Mereng : lawak jer laa…
KumBang_Mereng : ok lah.. saya nak buat keje nie… kang tak pasal-pasal nak kena stayback pulak…
KumBang_Mereng : nanti sambung lain yer…
SeaGurlz : okies… adios!

Semalam Yang Hilang - m/s 0026

Anita terus melangkah masuk sambil membawa jambangan bunga itu ke mejanya. Sambil membelek-belek teddy bear kecil yang terletak di celah-celah bunga mawar itu, dia membuka kad dan membaca isi kandung kad itu.. pendek sahaja ucapannya.. hanya sekadar ucapan harijadi.. tapi tidak pula dinyatakan siapakah penghantarnya.

Hari ini - 01.March.2007 genaplah umurnya 25 tahun, tetapi Anita masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar jambangan bunga tersebut. Sepanjang 3 tahun berkhidmat di Excell Engineering Groups, majikan pertama sejak tamat pembelajarannya, beliau belum pernah menerima jambangan bunga seperti yang sedemikian. Oleh kerana tanggungjawab dan tugasannya yang masih belum selesai, beliau lupakan seketika akan hal itu.

“aik.. dapat bunga tu!!!.. siapa yang kasi? Patut la ceria ajer hari ini yer?” Hazri yang dari tadi memerhatikan gerak geri Anita di tempat duduknya datang menyapa Anita.

“tak ada apa-apa la Hazri, actually saya pun taktau siapa yang kasi.. dalam kad nie pun just wish birthday jer.. lain ler kalau saya nie ada teman istimewa.. asyik terperap dekat pejabat nie jer.. tak berdunia dengan orang, tetiba boleh pulak dapat bunga nie..” rungut Anita.

“ok la tu.. dah ada peminat tu… nanti bila dah tau penghantarnya… awak kenalkan dengan saya tau!.. nak jugak saya kenal dengan orang tu… erm..birthday girl rupanya… anyway… Happy Birthday Anita!” Hazri mula mengusik Anita.

“Erm.. terima kasih.. oh ya.. Hazri.. macam mana dengan projek yang Bos suruh awak handle tu? Banyak orang yang berpengalaman dalam kumpulan awak tu… nanti kalau awak perlukan bantuan.. belajar-belajar la bertanya dengan diaorang tu yea!” Balas Anita yang mula mengubah tajuk perbualan mereka.

“ala.. awak nie Anita.. baru saya nak curi tulang sikit.. dah tanya pasal kerja… Bos pun tak macam awak nie.. hehehe.. pasal projek tu awak jangan risau.. awak kan ada.. saya nak tanya awak je… ermm.. oklah.. kita dok bersembang nie kang ader pulak yang memandang… kita sambung dalam yahoo messenger la… jangan lupa online ya.. saya tunggu…” Hazri membalas dan kembali ketempat duduknya.

Semalam Yang Hilang - m/s 0025

“adoi.. apa yang ko merepek pepagi nie Jessy… mana pulak kau dapat khabar angin nie?.. mana la ada lelaki yang nak dekat aku nie Jessy oii… bertuah sungguh… ermm.. kalau takda apa-apa.. tak apa laa.. kita sambung nanti petang laa.. aku banyak kerja nak buat nie…” balas Anita sambil mahu mengorak langkah kembali ke tempatnya.

“ehh.. Anita.. nanti la dulu.. tak ada teman lelaki yer.. abis tu.. nie siapa pulak yang kasi bunga dekat kau nie… takkan hantu kot! Entah-entah ada Datuk yang berkenan dengan engkau tak…” cepat-cepat Jessy memanggil Anita semula.

“Biar betul Jessy!.. ehh.. iyer laa.. bunga nie ditujukan dekat aku.. tapi siapa yang kasi nie ya?” soal Anita sendirian selepas dia melihat Kad yang terdapat di jambangan bunga tersebut tertera namanya.

“ohh.. kau ingat aku nak tipu yer.. ermm.. anyway.. Happy Birthday to you too…” balas Jessy sambil mengucapkan selamat hari lahir buat Anita.

“ah.. a’a.. terima kasih ya…” Anita menjawab dalam keadaan yang agak terpinga-pinga kerana masih menjadi persoalan dihatinya, siapakah gerangan yang menghantar jambangan bunga itu kepadanya.

Semalam Yang Hilang - m/s 0024

“Ya.. Jessy.. ada apa yang rahsia sangat ni? sampai tak boleh nak kasi tau dalam telefon tadi.. ehh.. cantiknya bunga nie… untuk sapa nie Jessy?” soal Anita kepada Jessy yang agak terkejut dengan kehadiran Anita disampingnya.

“Kau nie Anita… terkejut aku laa.. tiba-tiba jer muncul.. tak beri salam pulak tu.. dah lama aku tunggu, tak sampai-sampai.. nasib baik tak layu lagi bunga-bunga nie.. kalau dah layu.. aku buang ajer…” balas Jessy tanpa memberitahu milik siapakah sejambak mawar merah diatas meja beliau itu.

“Kalau kau dah peluk islam.. dah tentu la aku bagi salam… ermm.. maaf la Jessy.. aku sibuk sangat nie.. nasib baik aku tak terlupa terus yang kau panggil aku tadi.. apa yang rahsianya tu?” sekali lagi Anita menyoal Jessy tanpa mempedulikan jambangan bunga dihadapannya itu.

“Tak ada yang rahsia laa.. tapi aku yang nak korek rahsia kau nie… rupa-rupanya dah ada teman lelaki sekarang nie ya!.. siapa lelaki bertuah tu? cerita la sikit…” sambil tersenyum Jessy mula menyoal Anita.