Monday, July 23, 2007

Timeout... !!!

Salam...

Dah lama gak aku tak update blog nie.. actually bz sket lately.. tukau lagi tempat keje.. tapi insyaallah pas nie keje sampai pencen kot... huhu.. kalau umur panjang ler..

Erm.. just nak inform yer.. pas nie aku publish balik "Semalam Yang Hilang" nie.. susah ler.. pc aku sendiri tak sampai-sampai lagi... nanti dah line clear aku publish balik cam biasa.. tunggu jer la.. tapi best ker citer tu??? so far lansung takda sapa yang comment pun...

tak kisah ler.. best ker idak.. apa yang aku dah tulis... nanti aku publish gak.. kuikuikui.. oklah... takecare yer...

to be continued......

Wednesday, July 4, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0022

“Ermm.. Datin.. Datuk.. saya minta izin untuk beransur dulu.. terima kasih banyak – banyak kerana sudi luangkan masa untuk bertemu dengan saya nie.” pinta Anita Sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Rosnani dan Datuk Haris.

“Mama… Papa.. Along hantarkan Anita balik yer…” sampuk Hazri lalu bingkas bangun menuju ke pintu utama.

“Ermm.. Baiklah.. Along.. bawa kereta tu elok-elok yer… jangan melencong ke tempat lain pula.. Papa ingat malam nie nak solat maghrib berjemaah… balik sebelum maghrib tau!” pesan Datuk Haris kepada along.

Dengan agak berat untuk menjawab Hazri menyahut jua pesanan Datuk Haris ketika beliau sedang berjalan ke keretanya. “Baiklah…”.

Memang sudah lama Datuk Haris sekeluarga tidak solat berjemaah bersama-sama, mungkin masing-masing sibuk. Tetapi itu kita tidak boleh jadikan alasan! Seharusnya kita sebagai umat islam yang telah berkeluarga, sentiasa melakukan solat berjemaah bersama-sama, ini bagi merapatkan lagi hubungan rohani dan jasmani sesebuah institusi kekeluargaan itu. Di Teratak Mastana, jika mereka solat berjemaah, mereka bukan berempat sahaja, tak terkecuali juga Mak Timah, sudah pasti dia akan turut serta.

Sambil di perhatikan oleh Datuk Haris dan Datin Rosnani, Anita sempat melambai-lambaikan tangan dari tempat duduk hadapan, sebelum kenderaan MPV jenis Toyota Caldina itu meluncur laju meninggalkan Teratak Mastana. Kenderaan MPV tersebut adalah hadiah daripada Datuk Haris kepada Hazri selepas anak sulongnya itu tamat pembelajaran di Universiti.

Semalam Yang Hilang - m/s 0021

Jam menunjukkan pukul 5 petang, kebiasaannya pada hari Sabtu Safina akan pulang kerumah sebelum pukul 4 petang. Datuk Haris menyedari akan hal itu walaupun isteri dan anaknya masih sedang rancak berbual. Perbualan mereka bukannya berhenti di meja makan sahaja, walhal di sambung pula sambil menghirup udara segar di kawasan laman Teratak Mastana.

“Along.. cuba along telefon angah.. tanya dekat mana dia sekarang nie? Dah pukul 5 petang nie… kenapa tak balik-balik lagi.. risau plak papa!” Datuk Haris mencelah perbualan isterinya bersama anak dan tetamu beliau.

Tanpa membalas, Hazri terus mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan lantas mula mendail nombor telefon bimbit Safina. “Your call has been connected to voice mail, please leave a message after the tone….” Hazri mula mendail buat kali yang kedua, tetapi masih sama jawapan balas yang di terimanya.

“Papa… masuk voicemail la… angah dekat library kot… alah.. jangan risau la.. nanti balik la angah tu.. dah besar la buah hati papa tuh… dah boleh kahwin pun papa!” Hazri bergurau bagi menenangkan Datuk Haris yang agak risau akan keselamatan anak bongsunya itu.

Mungkin kerana risaukan keselamatan Safina, Datuk Haris teringatkan kandungan email yang diterimanya tempohari, walaupun dia seolah-olah tidak mempedulikan email tersebut, setiap baris kandungan yang berbaur ugutan itu masih jelas dibenaknya.

“ohh.. bukan apa along.. Papa ingat sempat la angah berkenalan dengan bakal kakak iparnya nie.. tak sama kalau angah tengok wajah Anita dalam album gambar dibilik along tu..” pernyataan Datuk Haris itu menyebabkan lagi sekali muka Hazri merah padam menahan malu.

“adeh.. papa… jangan la hal dalam bilik along pun papa nak cerita depan Anita nie!... malu la Along.. Anita.. jangan awak percaya cakap papa saya tu… saja nak kenakan saya..” Hazri cuba menegakkan benang yang sememangnya basah.

Setengah jam kemudian Anita memohon untuk beransur pulang, sudah hampir 3 jam dia meluangkan masa bersama keluarga Hazri – teman sepejabat yang baru 7 bulan dikenalinya. Walaupun dalam tempoh yang singkat, dia merasakan Hazri merupakan teman sepejabat yang paling rapat dengannya. Namun begitu tidak terlintas didalam hatinya untuk menaruh harapan terhadap Hazri, jika dibandingkan dirinya dengan status keluarga Hazri. Perbezaan mereka berdua amat ketara, sedangkan dia hanya dibesarkan dari keluarga yang sederhana sahaja.