Friday, June 22, 2007

Teman di dalam kubur !

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.



Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!".

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....

AMIN!!!

Thursday, June 21, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0020

“ermm.. nak..nak!! tapi Haris tak nak tido sorang-sorang lagi.. Haris nak pindah masuk bilik Bee… nak tido sekali dengan Bee.. boleh kan!?..” secara spontan Haris menjawab dengan nakal.

“Boleh… dengan syarat… Haris balik ke Alor Setar petang nie jugak, pastu esok Haris bawa rombongan untuk masuk meminang Bee!! Boleh? Amboi… senang-senang jer nak tido sebilik dengan Bee yer.. dah tu sebumbung pulak dengan mak dengan ayah… tak sempat sayang nak masuk tido… silap-silap kena halau tido dekat buai luar rumah tu!! Nak ker?? Saffiah menyoal sambil tersengih melihat Haris.

“ermm.. tak pe lah… malam nie biar Haris tido jer atas buai tu… esok pepagi senang Haris balik Kuala Lumpur terus!... Bee… bila Bee nak dapat kerja nie? Tengok cam Haris, dua minggu jer ‘tanam anggur’ dekat rumah tu.. sekarang pun dah dekat sebulan Haris kerja…” Haris cuba mengubah topik perbualan mereka pagi itu. Cuba untuk memujuk hatinya yang sedikit kecewa – darah muda, selalu saja mengikut kata hati.

“Itu pun berkat doa Bee… kalau tidak belum tentu sayang dapat kerja!.. sudah la.. jom balik rumah… Bee nak tolong emak sediakan makanan tengahari pulak…” Saffiah berseloroh lalu mengajak Haris pulang ke rumahnya yang terletak lebih kurang 1.5km dari Pantai Teluk Chempedak.

“tapi Bee.. Haris nak tanya satu nie…dari semalam lagi Haris ingat nak tanya Bee, tapi tak berkesempatan pula… kenapa Bee semakin berisi sekarang nie yer? Beza sangat dari dulu la… naper yerk?”

“Papa..Papa… nanti sejuk meehon goreng tu.. apa yang Papa fikirkan? Dari tadi along tengok meehon papa tak tersentuh lansung!. Sapa Hazri membuatkan Datuk Haris terkebil-kebil mencari alasan. Kenangannya di Pantai Teluk Chempedak disedarkan oleh anak sulongnya itu.

“ohh.. tak ada apa-apa la along.. papa terpikir pasal kerja pula.. maafkan papa yer.. erm.. mamanya… hulurkan meehon untuk Anita tuh.. jangan malu-malu Anita.. tambah meehon tu lagi.. banyak Mak Timah masak nie..” Datuk Haris terus berdalih.

Semalam Yang Hilang - m/s 0019

Di dapur, Mak Timah sedang sibuk menyediakan hidangan. Beliau amat bersyukur kerana di ambil bekerja dengan keluarga Datuk Haris, sepanjang dia berkhidmat tidak pernah sekali pun Datuk Haris meninggikan suara kepadanya. Sebaliknya dia dilayan seolah-eloh mempunyai pertalian darah dengan keluarga tersebut, disebabkan terasa begitu terhutang budi kepada keluarga Datuk Haris, pernah juga suatu masa dahulu Mak Timah enggan menerima gaji yang diberikan kepadanya. Dia merasakan tidak perlu lagi wang ringgit, ini disebabkan pakaiannya juga dibelikan oleh Datin Rosnani. Baginya cukuplah kasih sayang dan perhatian yang diterimanya selama ini.

Mak Timah tak perlukan masa yang lama untuk menyediakan hidangan petang itu, dalam masa 15min semuanya telah disiapkan di meja makan. Mak Timah menuju ke ruang tamu untuk menjemput majikan dan tetamu Teratak Mastana menjamu selera.

“Datin.. hidangan dah tersedia.. bolehlah jemput tetamu kita untuk menjamu selera.” Dengan santun Mak Timah memberitahu kepada Datin.

“Haa.. marilah semua.. jemput ke meja makan.. entah apa la yang dihidangkan oleh Mak Timah nie pun saya tak pasti.” pelawa Datin Rosnani.

Semasa di meja makan tak banyak yang di bincangkan,masing-masing mula menjamah makanan yang tersedia di meja, sesekali hanya tawa kecil usikkan Datin Rosnani kepada Anita, bukan main suka nampaknya Datin Rosnani kepada Anita. Mungkin Anita memenuhi syarat-syarat kelayakkan untuk menjadi menantunya.

Sedangkan Datuk Haris lebih banyak berdiam diri, ada satu persoalan yang sedang bermain di benaknya. Dikala itu juga fikiran beliau terlintas sewaktu pertama kali berkunjung ke rumah Saffiah di Kuantan, begitu baik layanan keluarga Saffiah kepada dirinya sepanjang 3 hari berkunjung kesana, sedangkan sewaktu itu beliau hanya ‘rakan biasa’ pada pengetahuan keluarga Saffiah.

“Bee.. Haris rasa macam tak nak balik jer esok. Bee.. boleh tak minta izin dekat bapa Bee.. Haris nak tinggal sini lagi seminggu la!... soal Haris kepada Saffiah.

“Haris nak tinggal lagi seminggu? Bukan ke Haris cuti 3 hari ajer?.. ermm… betul Haris nak Bee cakap dekat ayah nie? Tak nyesal? Ayah Bee tu garang gak tau! Haris jer belum nampak belang dia… iyer la.. baru 3 hari Haris dekat sini,dah lama nanti baru tau ayah Bee tu camna orangnya.. Betul ke sayang nak Bee tanya nie?...” balas Saffiah dengan penuh persoalan sambil tersenyum sinis. “Sayang rindu yer? Bee lagi rindu sayang sangat-sangat...” bisik hati kecil Saffiah sambil terus berjalan di sepanjang Pantai Teluk Chempedak.

Semalam Yang Hilang - m/s 0018

Bab 4 - Perkenalan

“Mama.. Papa... kenalkan.. nie la Anita.. kawan baik along..” inilah pertama kali Datuk Haris dan Datin Rosnani diperkenalkan dengan Anita oleh Hazri, jika selama ini mereka hanya mendapat melihat gambar dan mendengar cerita yang disampaikan Hazri, kini mereka telah pun bersua dengan teman wanita kepada anak sulong mereka itu. Dengan penuh sopan Anita menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datuk Haris dan Datin Rosnani.

“Jemput duduk Anita… wah.. pandai anak mama pilih menantu untuk mama ya… lain benar dari dalam gambar!” gurauan Datin Rosnani yang disusuli oleh tawa kecil Datuk Haris telah menyebabkan Anita dan Hazri tersipu-sipu menahan malu. “Mak Timah.. buatkan air ya!” arah Datin Rosnani kepada Mak Timah yang kebetulan muncul dari dapur untuk menjenguk tetamu yang datang.

“Baik Datin!” jawab Mak Timah dan kembali masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan buat tetamu Teratak Mastana.

“Mama nie.. ada pulak macam tu… along kawan baik saja la dengan Anita… lagipun Anita nie banyak bantu along semasa di pejabat.. along kan dua tahun lebih muda dari Anita… ada pulak kesitu perginya fikiran mama..” Hazri cuba mengawal perasaan malu terhadap teguran Datin Rosnani tadi.

“Kenapa?.. kalau suami muda.. isteri lagi sayang tau… tengok mama dengan papa nie… sapa lagi tua?” celah Datuk Haris sambil melemparkan senyuman kepada Anita, sedangkan muka gadis tersebut sudah semakin merah padam menahan malu. Jika diikutkan faktor umur, memang Datin Rosnani juga dua tahun lebih tua daripada Datuk Haris, tetapi dari segi kematangan, ternyata Datuk Haris lebih matang 5 tahun kedepan.

Perbualan mereka anak-beranak berterusan dan seketika disusuli dengan tawa-tawa kecil, ini melihatkan betapa bahagianya keluarga Datuk Haris, tapi perbualan pada petang itu tidak sertai oleh Safina yang masih belum pulang dari kuliah.

Monday, June 11, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0017

“Jemput Masuk Datuk..” pelawa Osman dengan begitu santun sekali sambil membuka pintu kereta. Tanpa membalas tapi hanya senyuman yang dilemparkan oleh Datuk Haris, beliau terus melabuhkan punggung diatas kusyen empuk didalam kereta mewahnya. Sekali lagi Datuk Haris di sapa oleh Osman yang ingin mengesahkan destinasi yang hendak dituju oleh Datuk Haris. “ermm.. Datuk.. kita bertolak ke Selangka Berhad ya?”

“Ha’ah..” hanya sepatah jawapan spontan yang terpacul dari mulut Datuk Haris.
Tanpa banyak bersoal lagi Osman terus menekan pendikit minyak bagi memulakan tugasnya menghantar Datuk Haris ke Selangka Berhad.

“Trut..Trutt..” tiba-tiba telefon bimbit Datuk Haris berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Panggilan itu terus dijawab oleh Datuk Haris tanpa melihat butir pemanggil yang tertera di telefon bimbitnya.

“Hello… ohh.. ya.. Hani… ermm… boleh tak awak bawa turun dokumen tu kebawah.. nanti saya suruh Osman patah balik…” Panggilan dari Hani memberitahu bahawa dokumen yang sepatutnya dibawa ke Selangka Berhad tidak diambil oleh Datuk Haris. “Osman… tolong patah balik ke pejabat… saya tertinggal dokumen pula..” arah Datuk Haris kepada pemandunya itu.

“Baik Datuk… nasib baik masih belum jauh Datuk.. kalau tak.. saya takut Datuk lambat sampai nie… trafik sekarang pula dah semakin bertambah…” balas Osman sambil mula berbicara dengan Datuk Haris yang sejak dari tadi diam membisu.

“itu la.. entah macam mana saya boleh terlupa nie Osman, agaknya saya kena amik cuti kot dalam masa terdekat nie, lagipun dah lama saya tak bercuti ya... asyik kerja saja…” keluh Datuk Haris sambil mengigati bilakah kali terakhir dia bercuti merehatkan diri.

Tanpa menyambung perbualan itu Osman mula membelok masuk semula kedalam Harisaff Berhad, di lobi kelihatan Hani sedang menunggu sambil membawa dokumen yang tertinggal Datuk Haris tadi. Selepas mengambil dokumen daripada Hani, kereta Datuk Haris yang dipandu oleh Osman meluncur laju meninggalkan Harisaff Berhad. Tidak sampai 10 saat, kereta mewah itu hilang daripada pandangan Hani.

“ermm.. mula la kelam kabut Datuk Haris nie… apa laa masalah dia nie… aku nak tanya takut... tapi kalau aku berdiam diri saja..terasa macam bersalah la pulak!” Hani merungut sendirian sambil mula melangkah masuk kembali ke Harisaff Berhad.

Semalam Yang Hilang - m/s 0016

“Ya.. angah.. kenapa? Mak Timah ada dekat taman bunga nie.. sarapan ada di atas meja tu angah.. angah makan la dulu…” sahutan Safina di sambut oleh Mak Timah.

“eeeyuckss… Mak Timah… busuknya… adoi… tak lalu la saya nak bersarapan kalau macam nie… takkan ni najis Casper kot?” dengan begitu spontan sekali terpacul dari mulut Safina setelah beliau melihat apa yang sedang dilakukan oleh Mak Timah di taman bunga.

“itu la angah… kan Mak Timah dah cakap tadi.. pergi sarapan dulu… nie tak.. keluar jer bilik… Mak Timah yang busuk masam nie laa ko nak datang peluk dulu…” memang begitu tabiat Safina seharian, setiap pagi dia akan datang mencari Mak Timah untuk dipeluk. Begitulah keakraban seorang gadis terhadap insan yang langsung tiada hubungan darah dengan dirinya sendiri jika dibandingkan dengan ibunya sendiri.

“ala…bucuk laa Mak Timah… macam mana angah nak peluk nie…” umphh… lantas diciumnya pipi Mak Timah yang sedang duduk mecangkung di taman tanpa menghiraukan lagi bau busuk yang datang dari najis casper itu. “tak dapat peluk pun… angah dapat kiss pun jadi laa…” sambil ketawa kecil Safina melangkah masuk menuju ke ruang makan di Teratak Mastana.

Sementara itu di Harisaff Berhad, Datuk Haris baru sahaja habis bercakap melalui telefon dengan Tan Sri Rizah Dhom.

“Osman, siapkan kereta.. lagi 5minit saya nak bertolak ke Selangka Berhad..” Datuk Haris menghubungi Osman. Kebetulan ketika itu Osman baru sahaja sudah bersarapan pagi, sedangkan waktu sekarang sudah menjangkau waktu tengah hari. Begitulah kehidupan Osman semenjak 3tahun kebelakangan ini, kehidupan sebagai seorang Bapa tunggal - isterinya telah pun kembali kerahmatullah akibat penyakit misteri yang menyerang secara tiba-tiba.

Datuk Haris mula melangkah longlai menuju ke lif, langsung tidak bersemangat seolah-olah bukan dirinya yang sebenar, dimana beliau sentiasa bersemangat dan kental dalam apa jua situasi pun. Semasa didalam lif fikirannya cuba ditumpukan kepada perkara yang hendak di bincangkan bersama Selangka Berhad nanti. Ternyata dia agak berdebar kerana Tan Sri Rizah Dhom tidak mahu menyatakan kepadanya tujuan sebenar mersyuarat itu diadakan.

Semalam Yang Hilang - m/s 0015

tokk..tokk… “Masuk!!!...” kedengaran bunyi jawapan dari bilik Datuk Haris selepas pintu biliknya di ketuk oleh Hani. “Datuk.. lebih kurang 5 minit tadi saya dapat panggilan dari setiausaha Tan Sri Rizah Dhom.. dia nak saya confirmkan dengan Datuk mengenai mersyuarat tergempar Selangka Berhad, kerana mersyuarat akan diadakan pada pukul 12 tengahari nie.. tapi Datuk, saya terlupa tadi pukul 12 nanti Datuk ada appointment dari supplier raw material kepada projek “Bermuda Mall”.. macam mana yer Datuk?” Hani menyatakan dengan panjang lebar kepada Datuk Haris.

Huh..! sambil mendengus Datuk Haris berfikir sejenak sambil bertanya kepada Hani, walaupun pada dasarnya beliau belum pun memahami hasrat sebenar Hani datang kepadanya, Datuk Haris seolah-olah baru tersedar dari mimpi. “ermm.. apa yang awak cuba terangkan tadi Hani? Maafkan saya.. saya kurang fokus tadi.. berkenaan projek Bermuda Mall ker??

“ohh.. begini Datuk.. saya nak confirmkan dengan Datuk pasal meeting dengan Selangka Berhad pada pukul 12 nanti.. sedangkan waktu tu juga Datuk dah ada appointment dengan supplier kita untuk Bermuda Mall..” sekali lagi Hani menerangkan kepada Datuk Haris.

Ermm.. tak apa Hani.. pasal Selangka Berhad nanti saya sendiri akan telefon Tan Sri Rizah Dhom untuk beritahu dia, berkenaan appointment tuh awak semak jadual saya… awak arrange balik semula.. sampaikan salam saya sekali ya… apa-apahal nanti awak beritahu saya kemudian… ermm… ada apa-apa lagi Hani? Soal Datuk Haris kembali kepada setiausahanya yang bertubuh kecil molek itu.

“Itu saja Datuk..ermm.. saya keluar dulu..” jawab Hani dah melangkah keluar.
Sementara itu di Teratak Mastana kedengaran nama Mak Timah disahut sekali lagi. Kali ini bukan dicari oleh Datin Rosnani, sebaliknya dipanggil oleh pemilik Casper – Safina,gadis itu baru sahaja keluar dari bilik tidurnya, mungkin sudah selesai membersihkan dirinya. Safina yang sedang berlari-lari anak menuruni anak tangga ke ruang makan di Teratak Mastana masih memanggil Mak Timah.

“Mak Timah…Mak Timah…mana Mak Timah nie…” sahutan manja masih memecah kesunyian Teratak Mastana, memang Safina lebih manja bersama Mak Timah kalau dibandingakan dengan ibu beliau sendiri. Jika dulu sewaktu dia berumur 18 bulan, Safina di pelihara oleh Neneknya – ibu kepada Datin Rosnani, kemudian ketika berumur 4 tahun neneknya telah kembali kerahmatullah untuk menyambut seruan ilahi, tugas itu digalas pula oleh Mak Timah.

Wednesday, June 6, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0014

“alaa… Hani tak nak laa Erma.. bukan sebab apa.. Hani nak guna duit sikit untuk bulan nie… lagipun bulan nie budget lari laa Erma.. kereta Hani aritu kan breakdown.. dah abis bayar untuk servis.. aik.. tinggal banyak nie jer lagi kain Erma.. rasanya tadi macam banyak jer dalam beg tuh…” Begitu sopan Hani menolak jualan Erma itu.

“errmm… ko nie memang tau… dari dulu Erma jual barang dekat ko tak pernahnya yang ko beli… iyer laa… kita nie kan tak sama standardnya… ko pakai yang branded-branded jer… setakat kain ela macam nie mana ko nak layan kan!..” sindir Erma sambil berlalu pergi bersama kain-kain contoh yang digendongnya tadi. Hani hanya mampu tersengih dan memandang gelagat Erma berlalu pergi, tetapi semangat sebagai ahli perniagaan tidak mati di situ jer, dari seorang ke seorang staf di Harisaff Berhad Erma mempromosikan barang jualannya.

Kedengaran bunyi True Tone lagu Mawi dari telefon bimbit Hani menandakan ada sms yang masuk. Terus di tarik laci meja untuk melihat N95 yang berbunyi, dicapai dan dibacanya. Hani hanya mampu tersenyum sendiri selepas membaca sms tersebut. Sms dari jejaka pujaan hati bertanyakan khabar untuk hari ini, begitu lah lumrah alam jika sedang asyik bercinta, setiap saat terasa begitu lama, kalau 8 jam di pejabat Hani terasa seperti 8 hari lamanya. Setiap hari selepas balik dari Harisaff Berhad sudah menjadi kewajipan Hani berjumpa dengan Johan.

Baru sejenak dilamun rindu kepada Johan, lamunan Hani disentak oleh deringan telefon di mejanya. “Potong stim betul laa..” desus Hani sebelum dia menjawab panggilan masuk tersebut. “Hello… Harisaff Berhad… erm.. ya.. ya.. anything I will updated you as soon as possible…” hanya itu perbualannya bersama dengan pemanggil tersebut. Selepas menjawab panggilan telefon Hani bingkas bangun dan menuju ke bilik Datuk Haris, melalui celahan cermin di pintu bilik dilhatnya Datuk Haris sedang bercakap di telefon, terasa bersalah pula Hani jika dia hendak mengganggu perbualan telefon Datuk Haris, kemudian dia terus menuju ke bilik air untuk menunaikan hajat dipendamnya lebih kurang 10minit tadi yang terbantut ketika melayan kerenah Erma.

Semalam Yang Hilang - m/s 0013

“ya.. saya Datin.. saya datang nie…” berlari-lari anak Mak Timah datang menemui Datin Rosnani yang sedang menunggunya di ruangan sudut tanaman bunga Teratak Mastana. Sambil membetulkan ikatan kain batik sarung yang dipakainya, mungkin longgar akibat dia terburu-buru berlari anak tadi. Mak Timah berdiri bersebelahan Datin Rosnani dan bertanya. “Ada apa Datin?”.

“Mak Timah… Mak Timah siram tak pokok bunga nie? Kering jer semua pokok-pokok bunga nie.. Tengok tu.. itu mesti najis Casper.. siapa yang biarkan Casper bermain-main di taman bunga ini? Isk.. Mak Timah nie… siapa saya nak salahkan ini Mak Timah? Cuba Mak Timah jawab..”

“ermm… sekarang nie musim panas Datin… mungkin sebab tu pokok-pokok bunga ini kering sikit… Mak Timah siram setiap hari Datin… tapi pagi nie Mak Timah belum siram laa… ermm… Casper.. semalam Safina bawa Casper keluar dari sangkarnya.. mungkin terlepas hingga ke sini kot… tak apa.. najis Casper tu nanti Mak Timah buang… Maafkan Mak Timah ya Datin…” rayu Mak Timah selepas dengan panjang lebar dia memberikan penjelasan.

Casper ialah nama bagi kucing parsi milik Safina dan merupakan satu-satunya kucing parsi di Teratak Mastana, sudah hampir 3 tahun Casper di pelihara oleh Safina, anak dara Datin Rosnani yang baru mencecah usia 19 tahun.

Dalam biliknya Datuk Haris memulakan kerja dengan meninjau e-mel baru untuk hari ini, secara tidak sengaja Datuk Haris ternampak satu e-mel yang agak pelik tajuknya. Datuk Haris membuka e-mel yang bertajuk Haris..you must remember… you still owe me one life!.Daripada nama dan alamat penghantar e-mel tersebut, dia masih tidak dapat memikirkan siapa yang menghantar e-mel tersebut. Isinya jugak tidak jelas dan tidak dapat difahami. “ahh.. malas aku nak fikir siapa nie… anggap jer salah hantar!” desus hati kecil Datuk Haris.

“Hani… ko tak nak ker amik kain nie sepasang dua.. kalau tak nak buat untuk majlis makan malam nie... ko buat la untuk Raya nanti.. tak pun ko belikan untuk Mak dan adik ko pun bagus jugak.. alah..murah ajer.. sepasang RM80.00 kalau amik 3 pasang aku kasi RM200.00 jer.. alah.. gaji banyak-banyak nak buat apa…” Erma datang menemui Hani dimejanya sambil membawa beberapa helai kain contoh, memang begini tabiat si Erma, ada saja barang-barang yang hendak dijual kepada rakan-rakan sekerjanya. Kalau musim perayaan tu lagi ligat la si Erma nie, hinggakan kalau musim Tahun Baru Cina tu, buah limau longan pun dibuat bisnes olehnya. Jual di pejabat juga, kalau jadi peraih tu lain la.

Semalam Yang Hilang - m/s 0012

Bab 3 - Harisaff Berhad

Suasana di Harisaff Berhad kecoh dan hingar-bingar sedikit pada hari ini. Berikutan memo berkenaan Majlis Makan Malam Tahunan syarikat telah pun dikeluarkan. Kebanyakkan staf sibuk bersembang dan membuat perancangan awal mengenai majlis makan malam yang bakal berlansung nanti. Tidak kurang juga ada yang datang ke pejabat sambil membuat perniagaan sampingan. Menjual kain untuk dibuat baju dan di pakai ketika majlis itu berlangsung. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi seperti sedia kala, kedengaran hanya suara deejay dari corong radio.

“Selamat Pagi Datuk..” tegur salah seorang staf yang berbangsa Cina. Teguran itulah yang menyebabkan suasana di Harisaff Berhad sunyi seketika. Ini kerana ke semua pekerja yang berkhidmat di Harisaff Berhad amat menghormati Datuk Haris sebagai majikan. Oleh disebabkan sifat-sifat Datuk Haris yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu menjadi contoh kepada anak-anak buahnya.

“Selamat Pagi..” balas Datuk Haris dan terus menuju ke bilik beliau, setibanya di hadapan Hani. Datuk Haris bertanyakan kepada Hani mengenai jadual temujanjinya pada hari itu, dokumen-dokumen dan segala hal berkenaan Harisaff Berhad yang memerlukan tindakannya. Selepas itu Datuk Haris terus masuk ke biliknya.

“Mak Timah… oo.. Mak Timah…” jeritan Datin Rosnani memecah keheningan pagi di Teratak Mastana, dia tercari-cari orang gajinya itu. Entah kenapa lain macam bunyinya, sejak kebelakangan ini juga tingkah laku Datin Rosnani berubah dengan begitu ketara sekali. Jika dulu dia seorang yang peramah, bijak dan menghormati orang sekelilingnya tetapi kini tidak lagi. Datin Rosnani telah berubah seratus peratus, silap sikit saja memang tiada maaf bagimu!. Itu lah Datin Rosnani, mungkin kerana dia ingin berubah menjadi seorang yang tegas secara mengejut, tapi bukan begini caranya.

Tuesday, June 5, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0011

“Datuk… Mak Timah rasa baik Datuk jangan fikirkan sangat mengenai perkara ini… nanti memudaratkan kesihatan Datuk pula.. Datin tu.. nanti Mak Timah cuba nasihatkan… Mak Timah rasa masih belum terlambat… haa.. lagi pun Datin tengah marah sangat-sangat sekarang nie Datuk.. baru dua minggu perkara ini terjadi Datuk.. insyaAllah nanti ok la tuh… Api.. kalau disimbah dengan minyak.. lagi marak Datuk… Mak Timah nie tak la pandai sangat nak nasihat orang Datuk… belajar pun setakat darjah enam sahaja… lepas tu cikgu meninggal…” balas Mak Timah dengan panjang lebar dan diakhiri dengan lawak yang sudah lapuk. Mungkin dia ingin menyenangkan sedikit hati dan perasaan Datuk Haris ketika itu.

“ermm.. tak apa lah Mak Timah.. saya pun harap begitu la.. mudah-mudahan nanti dia boleh ajak saya berbincang…” Datuk Haris menyandarkan kembali badannya kedalam buaian, seketika tadi dia mara kedepan sedikit untuk meneguk jus oren yang dibawa Mak Timah. “Mak Timah masuk la dulu… saya nak ambil angin sekejap.. ermm.. terima kasih yer Mak Timah.. sedap air tuh..” Datuk Haris mula membuai dirinya kembali seperti sebelumnya.

“Baik la Datuk… Mak Timah masuk dulu… kalau ada apa-apa Datuk panggil la Mak Timah ya…” ujar Mak Timah sambil berlalu pergi.

Kedua bola mata Datuk Haris begitu asyik waktu ini, terlalu asyik melihat anak-anak Ikan Kap Jepun di dalam kolam kecil di tepi buaian. Sesekali anak-anak ikan itu berenang melalui celah-celahan batu buatan manusia. “Kalau jadi ikan nie.. ada masalah tak yer agak-agaknya.. cam senang hati aje..” Terdengar Datuk Haris merungut sendirian. Mungkin terlalu kusut otaknya sehingga ke tahap itu sekali cara beliau berfikir pada ketika itu. Datuk Haris melihat jam ditangan lalu bingkas bangun menuju masuk ke dalam Teratak Mastana.

Semalam Yang Hilang - m/s 0010

“Baik Datuk… ermm… Safina ada di atas rasanya baru 10 minit tadi dia ada di dapur dengan saya… Hazri pula… katanya keluar bermain fuss… futt… apa entah namanya tu… fusstall kot…”

“oh.. futsal laa Mak Timah…. Bukannya fusstall…” tegur Datuk Haris.

“aa..iyer..iyer…maaf la Datuk.. tek reti saya nak menyebutnya… saya pergi dulu yer Datuk” agak cepat sedikit langkah Mak Timah kali ini sambil tersenyum simpul sendirian ketika berjalan kembali ke ruang dapur Teratak Mastana.

Berkepul asap rokok di hembus keluar dari mulut Datuk Haris, kini fikirannya mula bercelaru kembali. Sikap professionalnya dengan tidak mencampuri urusan pejabat ketika berada di rumah juga tidak banyak membantu, dia seolah-olah berada di hujung tanduk. Datin Rosnani mula bertindak untuk membuat tuntutan cerai, dan sedang sibuk memfailkan affidavit yang berkaitan dengan kes mereka. Datuk Haris amat terkilan kerana Datin Rosnani langsung tidak memikirkan jalan lain untuk menyelamatkan mahligai yang mereka bina bersama. Datin Rosnani seolah-olah hanya berserah dengan suratan takdir. Segala penjelasan Datuk Haris tidak mahu didengari nya, Datuk Haris sedar semua yang berlaku ini berpunca daripada beliau. Dosa semalam. Datuk Haris kini sedar walau sekecil manapun dosa, sebagai hambaNya pasti akan terbalas jua.

“Datuk… ini airnya..” sapa Mak Timah yang kini kembali ke taman, di bawa bersamanya segelas jus oren seperti yang dipinta Datuk Haris. Ketika meletakkan jus oren tersebut di meja, Mak Timah – wanita sebatang kara berumur 7 tahun lebih tua dari Datuk Haris, mula menyoal Datuk Haris.

“Jemput minum Datuk… Datuk… Mak Timah tengok sejak dua menjak nie Datuk asyik termenung ajer.. ada apa-apa yang boleh Mak Timah tolong? Apa yang Mak Timah mampu, tolong dengan kudrat dan tulang empat kerat Mak Timah nie laa… itupun kalau Datuk sudi..”

“Terima kasih Mak Timah… tak ada apa-apa… saya hanya terpikirkan Nani… sungguh keras hatinya kali ini… sanggup dia lupakan tanggungjawabnya kepada Hazri… Safina… kenapa?.. bagi dia anak-anak semua sudah tidak penting lagi ker?? Adakah sebab Anita sahaja dia tak boleh bertolak ansur dan dibawa berbincang? Setidak-tidaknya kami tidak bercerai…” luahan hati kecil Datuk Haris.

Monday, June 4, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0009

“Datuk… Maafkan saya Datuk.. saya tak berniat nak ganggu apa yang Datuk fikirkan.. Cuma saya nak beritahu Datuk.. kita dah 5 minit sampai ke rumah nie.. Datuk tak nak turun lagi ke?” sapa Osman yang juga telah mengembalikan fikiran Datuk Haris ke zaman nyata dan hakiki.

“ohh.. maafkan saya Osman.. saya tak perasan.. banyak sangat perkara yang saya sedang fikirkan semasa dalam perjalanan pulang tadi.. ermm.. tak pe..tak pe.. takkan awak nak biarkan saya dalam kereta nie pulak…” jawab Datuk Haris tatkala cuba menyembunyikan perasaannya tadi lalu melangkah keluar dari kenderaan berwarna Hitam pekat itu.

Selepas menurunkan Datuk Haris, Osman terus menyimpan kereta Datuk Haris di dalam garaj yang tersedia dibelakang rumah bersama 8 buah kenderaan lain yang juga milik Datuk Haris sekeluarga.

Di hadapan pintu masuk utama, Datuk Haris disambut oleh kedua orang gajinya, tetapi Datuk Haris tidak terus naik ke atas seperti biasa apabila beliau pulang ke Teratak Mastana, kebiasaannya Datuk Haris akan terus membersihkan diri beliau sebelum turun semula untuk berehat atau menikmati minuman petang, sebaliknya hari ini selepas menyerahkan beg beliau kepada orang gajinya untuk disimpan, Datuk Haris terus menuju ke taman kecil di tepi rumahnya.

Taman tersebut bertentangan dengan kolam renang yang baru saja di buat sedikit pengubahsuaian, ini di sebabkan kolam tersebut mengalami keretakan ketika musim tengkujuh tempohari, mungkin kerana pergerakkan muka bumi yang menyebabkan keretakkan tersebut berlaku. Tetapi bagi Datuk Haris keretakkan itu tidak penting dan tidak sehebat keretakkan rumah tangganya yang sudah mula memuncak.

Nur Anita Binti Abdullah gadis ceria dan baik perwatakkannya atau lebih di kenali sebagai Anita. Kehadiran Anita telah sedikit merubah perjalanan hidup Datuk Haris, punca hubungan keluarga yang kini mencecah usia 23 tahun itu hampir hancur. Datuk Haris melabuhkan punggungnya ke atas buaian rotan yang sedia tergantung di taman tersebut.

“Datuk nak minuman panas ker sejuk? Dan Datuk hendak makan apa? Mak Timah nak buatkan…” sapa Mak Timah yang dari tadi mengekori Datuk Haris dari belakang. Mungkin Datuk Haris tidak menyedari kehadiran Mak Timah ketika dia sedang menuju ke taman tersebut. Suasana disitu hanya kedengaran bunyi air terjun buatan yang terdapat di taman tersebut.

“ermm… Mak Timah buatkan jus oren… kali ini pekat sikit yer.. tak perlu letak pemanis… saya masih kenyang lagi Mak Timah.. tak perlu buatkan makanan untuk saya… Hazri dan Safina kemana Mak Timah?.. sunyi sepi ajer rumah nie..”

Semalam Yang Hilang - m/s 0008

“Bee… nanti bila balik Malaysia… Haris nak kerja rajin-rajin.. Kumpul duit banyak-banyak.. Haris nak cepat-cepat masuk minang Bee.. kalau lagi 2 tahun Haris dah cukup duit… Bee terima ke kalau keluarga Haris masuk meminang Bee…?” Soal Haris kepada Saffiah. Sewaktu itu cinta mereka sedang mekar mewangi, tiada apa jua halangan yang mampu menahan cinta mereka dari terus subur.

“Sayang… lagi 2 tahun yekk?? - Sambil mencubit kecil tangan Haris dia meneruskan lagi kata-katanya itu. Bee terima aje lamaran keluarga Haris jika tak ada apa-apa bantahan dari pihak keluarga Bee… ermm… tapi.. nie kenapa nie? Sejak dua menjak nie Haris asyik sebut pasal kahwin saja… sayang dah gatal yer!!???” sekali lagi jari jemari Saffiah hinggap di tangan Haris, kali ini agak kuat juga cubitan Saffiah.

“Adoi.. Bee… sejak bila Bee jadi ketam nie..suka cubit-cubit orang!.. bukan gatal ler Bee.. Haris cuma rasa takut kehilangan Bee pula nanti… sekarang nie kita sentiasa bersama..makan sama..belajar sama…boleh kata kemana-mana pun bersama laa…sampai tido pun dah bersama…opss! hehehe…” Haris tertawa kecil sambil merenung muka Saffiah apabila dia terlepas cakap sesuatu yang tak terniat di hatinya, kemudian dia kembali meluahkan rasa kebimbangannya itu. “ Bukan apa… nanti bila kita dah balik Malaysia.. Haris risaukan hubungan kita ini… iye laa… Bee dekat Kuantan… Haris dekat Alor Setar… jauh tu… ermm.. Kuantan pun Haris belum pernah sampai lagi Bee… best ker kuantan tu Bee?… hehehe…” Sekali lagi Haris cuba menceriakan hatinya yang timbul sikit kerisauan mengenai hubungan mereka yang telah terjalin selama ini.

Semalam Yang Hilang - m/s 0007

Bab 2 - Teratak Mastana

Dalam perjalanan pulang ke Teratak Mastana, sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan ilahi, tuhan yang menjadikan segala-galanya, Datuk Haris kembali memikirkan apakah yang telah dibincangkan diantara beliau dengan Tan Sri Rizah Dhom semasa di pejabat tadi. Projek yang bernilai USD 83 billion ini membuatkan Datuk Haris sedikit tertekan, tertekan bukan kerana kredibiliti beliau sekarang, tertekan kerana projek tersebut masih boleh terlepas ke tangan Da’costa Holding - syarikat yang berasal dari negara luar itulah satu-satunya pencabar terdekat kepada Harisaff Berhad untuk memenangi tender projek tersebut.Tiba-tiba fikiran beliau terhenti seketika dan lantas menyapa Osman Ahmad, seorang lelaki yang bertanggung jawab membawa Datuk Haris kemana jua dengan pantas dan selamat, ini kerana Datuk Haris amat-amat teliti dari segi pengurusan masa beliau.

“Osman.. tolong kuatkan sedikit volume radio tu… awak bukak Sinar.FM yea!? Ermm.. Osman.. macam mana dengan keluarga awak sekarang? Semua sihat-sihat ker?”
“Alhamdulillah Datuk.. semua sihat.. Cuma last week saja anak bongsu saya demam sikit… tapi sekarang dah ok..”

Jawab Osman – lelaki dalam lingkungan sebaya Datuk Haris itu adalah bapa kepada 3 orang anak gadis, sambil itu jari tangan kirinya menekan butang pelaras audio radio untuk dikuatkan. Kini kedengaran lagu yang sedang di putarkan oleh deejay bertugas ke udara. Suasana sepi, tiada lagi pertanyaan oleh Datuk Haris kepada Osman. Manakala Osman kembali menumpukan perhatian terhadap pemanduannya dihadapan. Hanya kedengaran lagu tersebut memenuhi ruangan kereta jenis BMW 7series milik Datuk Haris.

It still feels like our first night together
Feels like the first kiss and
It's gettin' better baby
No one can better this
I'm still hold on and you're still the one
The first time our eyes met it's the same feelin' I get
Only feels much stronger and I wanna love ya longer
You still turn the fire on

So If you're feelin' lonely.. don't
You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love ya a little more than I should

Please forgive me I know not what I do
Please forgive me I can't stop lovin' you
Don't deny me

This pain I'm going through
Please forgive me
If I need ya like I do
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me I can't stop loving you
Still feels like our best times are together
Feels like the first touch

We're still gettin' closer baby
Can't get close enough I'm still holdin' on
You're still number one I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you
I remember the nights ya know I still do

One thing I'm sure of
Is the way we make love
And the one thing I depend on
Is for us to stay strong
With every word and every breath I'm prayin'
That's why I'm sayin'...


Setiap patah perkataan di dalam baris-baris lirik tersebut terngiang-ngiang dibenaknya. Kebetulan pula lagu bertajuk ‘Please Forgive Me’ yang dinyanyikan oleh Bryan Adams itu amat-amat digemari oleh Saffiah, sekali lagi fikiran Datuk Haris kembali melayang terkenangkan Saffiah.

Saturday, June 2, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0006

“Bad news?? Ermm…korang rasa-rasa? Tapi… memang bad news pun aku rasa… bad news untuk staf yang belum cukup 5 tahun berkhidmat laa…hehehe… sesiapa yang kurang dari 5 tahun berkhidmat tidak akan mendapat Bonus Tahunan untuk tahun ini..korang berdua nie dah cukup 5 tahun ker?? ” jenaka Hani tersebut telah menyebabkan kedua wajah sahabat karib itu menjadi masam mencuka dan kelihatan kebingungan.

“ Ko biar betul Hani… takkan kurang dari 5 tahun tak dapat Bonus kot…macam mana nak sambut raya nanti nie… kalau macam tu bagus laa.. yang lama makin berlemak… yang baru di anak tiri kan…” celah si Aida pula didalam nada seperti tidak berpuas hati jika itula keputusan majikan untuk bonus tahunan mereka. Manakala Erma pula terdengar seperti merungut sendirian di sebelah Aida.

“Alah..korang nie… nak tau ajer yer… tak ada kerja lain dah ker dekat opis nie? Hehe.. Kalau aku kasi tahu korang pun bagus jugak nie.. tak payah susah-susahkan diri beritahu semua staf dalam opis nie.. dekat korang bagi ajer sejam.. habis 17 tingkat nie semua akan tahu… tak payah keluar memo…” perli Hani kepada dua sahabat tersebut seraya berkata lagi. “tadi tu berkenaan dinner kita ler… annual dinner… Datuk Haris dah setuju untuk adakan hujung bulan nie.. tapi belum tentu tarikhnya lagi…korang tau tak dekat mana nie? Nak buat di tempat yang kita cadangankan tu laa… tak ada kena mengena dengan bonus laa..”

“Fu yoo…fully sponsored yer???ermm.. best-best.. nak kena beli baju baru la balik nanti… dah lama aku bercadang nak pergi Sipadan tuh…haa.. Aida… ko tu.. naik flight pun belum pernahkan? Jaga-jaga nanti ko mabuk pulak dalam flight nun..” Erma berseloroh sambil disusuli ketawa kecil beliau dan Hani. Kelihatan merah sedikit muka Aida menahan malu di bahan oleh sahabat sendiri.

“ehh… insyaAllah aku tak mabuk kot… bukan macam orang tuh…paku dulang paku serpih.. kata orang dia yang lebih… ko tau Hani… Erma nie… naik keta long distance pun boleh mabuk ko tau!.. tu belum naik bot atau flight..nanti kita tengok siapa yang mabuk…aku ke dia…” Aida membalas kembali terhadap kenyataan Erma itu.

“takper laa.. korang bertekak ler dulu yer…hehehe…Hani nak masuk kedalam bilik meeting tu… kang Hani pulak yang kena bahan dalam bilik meeting..” sampuk Hani sambil mengambil buku nota diatas mejanya untuk dijadikan bahan catitan semasa berada didalam bilik mersyuarat nanti. Sudah hampir kesemua staf pengurusan sudah berada didalam bilik meeting sambil menunggu kehadiran Datuk Haris keluar dari biliknya.

Semalam Yang Hilang - m/s 0005

“Saya rasa tempat tu memang sesuai sangat kali ini… awak confirm kan dengan En. Azman Shamsul mengenai perkara ini dan awak panggil En. Afifuddin masuk jumpa saya selepas itu ya!...ermm.. saya rasa macam hendak adakan mesyuarat bersama semua staf pengurusan pula.. semua staf pengurusan hadirkan Hani?”

“Ya Datuk…tetapi Puan Sharizat tak dapat datang hari ini… anak kedua beliau tidak berapa sihat… lain-lain staf semua ada..ermm..Datuk nak adakan bila mesyuarat tu?”

“Awak pergi beritahu semua staf pengurusan… lagi 15minit kita adakan mesyuarat… dalam pukul 3.30 petang nanti kita mulakan…ini berkenaan majlis makan malam tersebut sahaja.. tak ada isu lain yang hendak saya bangkitkan.”

“Baik Datuk!”

Dengan tersenyum sendirian Hani melangkah keluar dari bilik Datuk Haris, difikirannya sudah terlintas akan majlis makan malam yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun sebelum ini setiap kali majlis makan malam syarikat kenangan peribadi beliau pasti berbeza, memuaskan hati dan sungguh menghiburkan, ini sudah pasti akan mengisi diari kenangan manis bagi setiap pekerja yang bertugas di Harisaff Berhad.

Hani merapati meja En. Afifuddin dan menyatakan hasrat Datuk Haris ingin berbincang dengan semua staf pengurusan. Setelah kesemua staf pengurusan diberitahu oleh Hani dan belum sempat beliau kembali semula ditempatnya, Hani terus di kunjungi oleh Erma dan Aida, dua sahabat karib yang sentiasa sibuk, sibuk dalam segala hal-hal orang lain.

“ ehh Hani… apa cerita dengan Datuk tu… tadi masuk pun dah macam moody jer… sekarang nie nak adakan meeting pulak…cerita ler sikit… ada bad news ker?” Sapa Erma yang cuba mengorek sesuatu dari Hani, bagi Hani beliau sudah begitu masak dengan kedua-dua sahabat yang baru masuk tahun ke 4 bersama Harisaff Berhad.

Semalam Yang Hilang - m/s 0004

Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Haris ketika melihat Saffiah melangkah menaiki kereta, hanya lambaian tangan dapat menemani Saffiah sehingga kereta yang dipandu oleh Farouk hilang dari pandangan mata.

“Datuk..Datuk.. Tan Sri Rizah Dhom di line 3” suara Hani menyedarkan Datuk Haris dari lamunannya tadi. Lantas Datuk Haris mengangkat gagang telefon dan menyapa Tan Sri Rizah Dhom yang sedang menunggu dalam talian. Seteleh selesai berbincang mengenai urusan perniagaan mereka, Datuk Haris kembali memulakan kerja-kerja yang masih merlukan tindakan dari beliau. Walaupun begitu Datuk Haris masih belum dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kesemua kerjanya. “Baik aku dekatkan diri dengan Allah s.w.t dulu…lagipun dah dekat pukul 2.30 petang dah nie… dah lama masuk waktu Zohor nie..” Datuk Haris bingkas bangun dan menunju ke bilik solat yang terdapat didalam biliknya sendiri..

Ya Allah.. ya tuhanku.. ampunilah dosa-dosa hambamu ini… sudah sekian lama diriku yang fana ini tidak diabdikan kepadamu.. sesungguhnya aku lalai dalam mengejar harta dunia..tetapi aku lupa untuk membawa bekalan di hari muka.. aku leka didalam syurga dunia yang tidak menjanjikan apa-apa… aku malu dengan diriku sendiri…aku tahu dosa aku terhadap Saffiah tak akan dapat aku maafkan sampai bila-bila… Ya Allah ya tuhanku kau tunjukkan lah jalan yang benar kepada hambamu ini.. sesungguhnya aku masih sesat didalam nyata…dikau cucuri rahmat kepada roh Saffiah bersama golongan orang-orang yang solehah.. Amin…

Doa Datuk Haris mengakhiri solat zohornya pada petang itu. Ketika kembali menyambung tugasnya Datuk Haris terfikir tentang majlis makan malam tahunan yang memerlukan pengesahan daripada beliau. Lalu Datuk Haris memanggil Hani masuk ke biliknya untuk informasi yang terkini tentang masjlis tesebut, tidak sampai seminit Hani melangkah masuk dalam keadaan yang begitu ceria sekali. Memang saat ini yang dinanti-nanti oleh gadis berkulit sawa matang itu, dia yang berdarah kacukan baba dan nyonya tersenyum memandang Datuk Haris. Ini kerana desakan rakan sekerja yang begitu lama menantikan pengesahan Datuk Haris tentang majlis makan malam tersebut membuatkan dia sedikit tertekan, majlis yang sepatutnya berlansung kira-kira 2 bulan lepas masih belum mendapat pengesahan dari Datuk Haris. Kini dia mengharapkan sesuatu yang positif dari Datuk Haris.

“Ya Datuk..apa yang boleh saya bantu Datuk berkenaan majlis makan malam syarikat kita ini?” soal Hani setelah dia berdiri betul-betul dihadapan meja Datuk Haris. “awak duduk dulu Hani… saya rasakan hujung bulan ini adalah masa yang sesuai untuk majlis tersebut… jadual saya masih kosong kan untuk hujung bulan nie?” Datuk Haris memulakan bicara, kedudukan kerusi yang baru didudukinya dibetulkan oleh Hani dan dia menjawab “ermm.. dari 24 sehingga 30 haribulan Datuk belum ada apa-apa temujanji ataupun mesyuarat... dan saya rasakan waktu itu juga adalah masa yang sesuai untuk di adakan majlis tersebut… lagipun acara penyerahan hadiah saguhati kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 10,15 dan 20 tahun akan diadakan sekaligus didalam majlis makan malam kita kali ini… Cuma yang saya perlu pengesahan dari Datuk sekarang ini berkenaan tempat majlis tersebut… adakah masih sama seperti yang dirancangkan dulu.. iaitu di resort terapung milik anak syarikat kita di Pulau Sipadan? Atau Datuk ada pilihan lain?” dengan panjang lebar Hani memberi sedikit informasi kepada Datuk Haris.

Friday, June 1, 2007

Semalam Yang Hilang - m/s 0003

06 haribulan Jun 1981.

“Alhamdulillah… syukur kehadrat ilahi.. selamat sampai kita ke tanah air… sudah 5 tahun kita tak melihatnya… Bee nak makan apa nie? Dekat sini dah tak perlu risau halal dan haram lagi…” soal Haris kepada Saffiah yang kelihatan amat penat sekali kerana penerbangan mereka yang memakan masa sehingga 12 jam untuk sampai ke Malaysia. Dengan nada yang sederhana Saffiah menjawab.. “Haris dah lapar yer? Bee ingat nak rehat dulu… ambil angin diluar sana… sebelum tu Bee nak telefon along untuk datang jemput, walaupun Bee dah kirim surat sebulan sebelum kita balik dulu… mana tahu.. manusia ini sentiasa alpa dan mudah lupa.. nanti Bee bermalam disini pula! Bak sini duit syiling sayang…Bee nak guna telefon disana tu”

Setelah mereka berdua selesai menjamu selera, Haris ternampak kelibat kedua orang tuanya telah pun sampai untuk menjemputnya. “Bee.. ingat pesan Haris tau… Bee balik kampung nanti jangan lupa hantar surat... kalau Bee ada duit lebih baru telefon Haris.. Kuantan dengan Alor Setar jauh.. kalau Bee selalu telefon.. mahal Haris rasa.. kumpul duit.. kita nak bayar dekat MARA lagi nie… Haris doakan kita cepat-cepat dapat kerja yea.. Mak dan Abah Haris dah sampai tu.. ingat.. Haris sayangkan Bee tau..” Haris berpesan kepada Saffiah. Tanpa menjawab Saffiah hanya mampu menganggukkan kepalanya, air jernih mula berlenangan memenuhi kedua-dua kelopak matanya. Mungkin kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Haris, seorang jejaka yang amat dicintainya.

“Assalammualaikum… Mak.. Abah…” sambil bersalaman dengan kedua orang tuanya Haris memperkenalkan Saffiah. “nie Haris perkenalkan Saffiah… gadis yang selalu Haris cerita setiap kali Haris hantar surat tu..” lantas Saffiah bersalaman sambil mencium tangan kedua orang tua Haris. Airmata yang berlinangan tadi cepat-cepat dikesatnya.
Saffiah cuba meninjau-ninjau kelibat abangnya didalam kelompok orang yang lalu lalang diseberang jalan. Hatinya terdetik takkan ler aku nak stay seorang diri dekat sini nie… harap-harap Haris dapat tunggu bersama aku disini…mudah-mudahan.. “Bee…mengapa..? Nampak macam gelisah ajer? Bee jangan risau… Haris akan tunggu sampai along datang jemput Bee..” lapang sedikit dada Saffiah, seolah-olah Haris dapat membaca apa yang terdetik disanubarinya. Tetapi beliau masih risaukan akan abangnya… Farouk…

Ketika sedang asyik menceritakan pengalaman mereka merantau di negara orang kepada kedua ibu bapa Haris, Saffiah ternampak kelibat yang ditunggunya dari tadi. Farouk. “alongg…sini..sini..” lantang juga suara anak gadis ini menjerit sambil melambai-lambai kearah Farouk.. “Haris.. Bee beransur dulu yer...” ketika bersalaman buat kali kedua dengan emak dan ayah Haris air jernih dari kelopak mata Saffiah mengalir lagi buat kali yang kedua, entah mengapa hatinya begitu tesentuh. Mungkin oleh kerana mereka berdua terlalu rapat ketika berada di sana, kini mereka terpaksa berpisah. Saffiah sedar selepas ini dia akan pulang ke pangkuan keluarga di Kuantan, sedangkan Haris pula akan pulang ke Alor Setar dengan menaiki keretapi pada keesokkan harinya.

Semalam Yang Hilang - m/s 0002

03 haribulan Januari 1981.

“Haris… sedar tak sedar dah tahun terakhir kita disini ya, lagi 6 bulan kita terpaksa pulang ke tanah air..” Saffiah mula berbicara apabila kepala beliau dilabuhkan diatas paha kanan Haris, sambil itu dia memandang burung-burung berterbangan di tasik yang menjadi saksi pertemuan mereka pada petang itu. “Haris.. Haris dengar tak apa Bee cakapkan nie?” (Bee adalah nama manja yang diberikan oleh Haris kepada Saffiah)

“ohh..ya..ya… memang la cantik air dalam tasik ini… kenapa.. Bee nak mandi yea?.. patut la Haris berbau sesuatu jer.. ada orang tak mandi rupanya..” Haris berseloroh setelah tumpuan dia kepada dua anak kecil yang sedang bermain-main di tepi tasik disentak oleh pertanyaan Saffiah itu.

“Haris… lain yang Bee tanya… lain pula yang dijawabnya… apa yang Haris fikirkan nie sayang? Cuba cerita sikit..” dengan nada bermanja Saffiah mula menduga sesuatu dari jejaka tampan yang telah berjaya menambat hati beliau,ketika berlepas dari tanah air dahulu, beliau menetapkan pendirian bahawa tidak akan bercinta selagi belum tamat pembelajarannya di situ, tetapi kini dia amat bahagia disamping insan yang bernama Haris.

“Tak ada apa-apa Bee, Haris cuma terleka tadi melihat kerenah dua beradik di tepi tasik tu.. cuba Bee lihat di sana… comelkan budak-budak tu.. untung pasangan tu.. dapat anak sepasang… kalau Haris ada adik kan seronok.. nie jadi anak tunggal.. tak ada pengalaman bermain bersama adik sendiri… Bee,bila kita nak ada anak nie? Sambil memicit manja hidung Saffiah dia berjenaka.

“apa!?.. Haris… kalau kita dah ada anak, Haris nak bagi makan apa dekat anak kita? Kita nie masih belajar… kita datang belajar sini pun MARA yang taja… Sayang… perjalanan kita masih jauh.. bagi Bee tanggungjawab amat berat jika kita sudah bergelar ayah dan ibu… masa depan anak yang di anugerahkan oleh tuhan perlu kita pikul dengan sebaik-baiknya.. kalau sayang rasa sayang mampu… Bee rasa baik kita mula merancang dulu… apa salahnya merancangkan?” itulah jawapan dari seorang gadis yang begitu menitik beratkan masa depannya.

“alah… Haris melawak ajer laa Bee.. itu nanti kita fikirkan yer sayang… kita nie masih muda… baru 21 tahun… Haris rasa Haris belum bersedia nak dirikan rumah tangga..inikan pula nak jadi seorang ayah… kalau ikutkan Haris, balik ke Malaysia nanti Haris nak mula bina empayar Haris sendiri tau Bee… pastu baru fikir pasal rumah tangga.. haa.. kalau Bee nak kerja dengan Haris pun boleh nanti… kerja Bee senang ajer... Bee duduk saja dalam pejabat Haris tu, duduk pula betul-betul depan Haris… nanti Haris tak ler rindu sangat… bila rindu jer Haris boleh pandang… bercakap... kalau Haris letak gambar… tak best.. gambar tak boleh bercakap..ada orangnya boleh la bercakap…nak ker?” kata Haris sambil bangun berlari daripada gadis yang bertakhta dihati beliau.

“Haris!!! Nak kemana pula tu…tunggu laa Bee…” jerit Saffiah dan lantas mengejar Haris.

Semalam Yang Hilang - m/s 0001

Bab 1 - Majlis Makan Malam

Tupp!!.. pintu kereta dihempas kuat oleh Datuk Haris, fikirannya begitu terganggu dengan masalah demi masalah yang melanda beliau untuk beberapa minggu ini. “ Batalkan segala temujanji saya untuk hari ini Hani.. jika ada panggilan masuk cakap saya tengah mesyuarat…” itulah kata-kata yang terpacul dari seorang ahli perniagaan yang disegani masyarakat setempat setelah beliau melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Hani - seorang gadis yang ceria dan periang terkedu seketika, sepanjang beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Datuk Haris dia tidak pernah melihat keadaan yang sedemikian terjadi kepada orang yang amat-amat dihormatinya itu selepas kedua orang tuanya. “ermm.. baik Datuk..” hanya itu jawapan yang terpacul dari mulut gadis tersebut. Kesemua pekerja didalam pejabat Datuk Haris saling pandang memandang kebingungan. Bagi cuba menenangkan majikannya itu lantas Hani bijak bertindak dan bertanya “Datuk.. Datuk nak saya sediakan minuman kegemaran Datuk?” ketika itu Datuk Haris sudah berada di hadapan pintu bilik beliau, sambil berpaling dan sedikit senyuman yang dilemparkan Datuk Haris mengangguk tanda setuju seraya membuka pintu bilik beliau.

Tokk..tokk.. pintu bilik Datuk Haris diketuk dan terus dibuka oleh Hani sambil membawa segelas milo ais kegemaran majikannya itu, “Datuk.. berkenaan mesyuarat bersama Tan Sri Rizah Dhom dari Selangka Berhad, Datuk nak saya batalkan juga ke?” tanya Hani selepas Datuk Haris meneguk milo ais yang dibawanya tadi. “ermm.. hari ini yea? Saya sudah terlupa la Hani, sejak kebelakangan ini tumpuan saya terhadap syarikat sedikit terganggu… nanti boleh awak tolong telefon Tan Sri Rizah Dhom dan sambungkan kepada saya ya..” balas Datuk Haris dengan dahi berkerut… terdengar sedikit dengusan nafas daripada Datuk Haris seperti orang yang merungutkan sesuatu. “Baik Datuk!” jawab Hani sambil melangkah keluar dari pejabat Datuk Haris.

Haris… Haris.. kenapa dengan kau ni?… Datuk Haris bertanya kepada dirinya sendiri… di saat ini beliau terkenang kembali 26 tahun yang lepas… ketika itu beliau masih menuntut di University Of Swansea di United Kingdom dalam aliran pengurusan perniagaan. Dia mula teringatkan Saffiah.. satu-satunya gadis yang amat-amat di gilai oleh kebanyakkan pelajar lelaki dari Malaysia yang menuntut di Universiti yang sama. Perkenalan beliau dengan Saffiah bermula apabila beliau digandingkan bersama Saffiah sebagai urusetia majlis sukan tahunan di universiti tersebut. Walaupun sibuk membuat tugasan-tugasan yang di amanahkan, mereka berdua mula mengenali hati budi masing-masing, lama kelamaan hubungan mereka menjadi intim dan timbul perasaan sayang.